DIY & Kraf

Nak Dapur Cantik Berkilat & Wangi, Guna Soda Bikarbonat Dengan TEKNIK Macam Ini

80
SHARES
FUNGSI SODA BIKARBONAT

Umum mengetahui, antara fungsi soda bikarbonat adalah digunakan dalam masakan untuk membuat kuih dan kek. Selain itu, ia juga bermanfaat membersih dan mengilatkan dapur.

Kalau nak tahu macam mana, kena ikuti perkongsian lengkap di bawah. Memang tak sangka!

Baca juga: Cara Hilangkan Kuning Lesung Batu Dengan Guna Bahan Di Dapur, Macam Baru Beli!

FUNGSI SODA BIKARBONAT UNTUK DAPUR, MEMANG TAK SANGKA!

FUNGSI SODA BIKARBONAT

1. Untuk kilatkan dapur memasak

Tempat memasak merupakan salah satu kawasan yang cepat kotor kerana sering digunakan. Bagi memastikan dapur kekal berkilat, anda boleh cuba menggunakan soda bikarbonat.

Caranya adalah taburkan serbuk soda bikarbonat di atas permukaan dapur dan biarkan selama 5 minit. Kemudian lap perlahan-lahan dengan span lembap.

Lap permukaan ke arah bawah dan pasti dapat melihat perbezaannya!

2. Bersihkan sinki 

Fungsi soda bikarbonat di dapur yang seterusnya adalah untuk membersihkan sinki. Mudah sahaja caranya iaitu ambil sebiji lemon dan potong separuh. Kemudian taburkan sedikit serbuk soda di atas lemon dan gosok.

Jus lemon dan serbuk soda akan membuatkan sinki kekal harum dan berkilat.

3. Kurangkan bau dalam peti sejuk

Sekiranya peti ais di rumah berbau busuk, boleh cuba guna soda bikarbonat. Letak serbuk soda ke dalam bekas kecil dan masukkan ke dalam peti sejuk. Biarkan selama beberapa untuk menghilangkan bau busuk.

4. Untuk bersihkan ketuhar 

Seperti dapur memasak, ketuhar juga boleh menjadi antara alatan paling kotor di rumah. Untuk membersihkannya, campurkan sedikit serbuk soda dengan sedikit air. Kemudian, tuang sedikit cuka dan pes akan mula berbuih.

Gosok ketuhar menggunakan span atau kain lap sehingga bersih dan kotoran makanan tertanggal. Ulangi proses ini sehingga tiada kotoran melekat.

5. Buang kotoran dan gris di periuk 

Kalau periuk di rumah ada kotoran degil dan gris yang sukar untuk dihilangkan, taburkan serbuk soda bikarbonat dan sedikit cuka mendidih di permukaan kuali atau periuk.

Biarkan selama 30 minit untuk menghilangkan kotoran. Gunakan span dan gosok sehingga licin. Ulangi proses ini sebanyak yang mungkin untuk mendapatkan kesan optimum.

FUNGSI SODA BIKARBONAT

6. Baiki sinki longkang

Longkang tersumbat boleh menyebabkan bau busuk. Jangan risau, perkara ini dapat diselesaikan dengan menaburkan beberapa sudu serbuk soda bikarbonat ke dalam longkang dan tuangkan cuka mendidih.

7. Mewangikan papan pemotong

Papan pemotong yang berbau busuk dan kotor boleh dibersihkan dengan menggunakan soda bikarbonat. Caranya mudah sahaja iaitu taburkan di atas papan pemotong anda dan gosok menggunkan span sehingga bersih. Bilaskan dan hasilnya memang puas hati!

8. Untuk mencuci buah & sayur

Campurkan sedikit jus lemon dan soda bikarbonat ke dalam bekas buah-buahan dan sayur untuk menyingkirkan kotoran.

9. Untuk membersihkan span

Rendam span berbau busuk dan kotor dengan menggunakan 4 sudu besar serbuk soda yang dilarutkan dalam 1 liter air suam. Biarkan seketika untuk membasmi kuman.

10. Pencuci lantai

Campurkan 1/2 cawan soda bikarbonat dalam baldi air suam. Mop lantai dan bilas dengan air bersih.

11. Kilatkan meja marmar

Larutkan 3 sudu teh serbuk soda ke dalam satu liter air suam. Basahkan kain bersih dengan campuran dan lap marmar sehingga berkilat.

Wah, banyak betul fungsi soda bikarbonat ni kan? Boleh cuba nanti.

Sumber: All Recipes & Taste of Home

Baca juga: Malunya Jiran Datang Tapi Rumah Bau Busuk! Tenang, Guna 5 Cara Semula Jadi Ini

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×