Sihat

Sayur & Buah Paling Tinggi Racun, Guna Salah Satu Bahan Ini Untuk Cuci

738
SHARES
cara cuci buah

Buah dan sayur antara makanan yang bagus untuk kesihatan namun perlu diingatkan bahawa kedua-duanya memiliki racun paling tinggi dan sekiranya cara cuci buah sakah ini akan menyebabkan sakit perut.

Jadi, Puan Mazliana Mazlan di laman Facebook ada kongsikan cara cuci buah dan sayur yang betul sebelum digunakan. Mari kita baca.

Baca juga: 13 Idea Jus Campuran Buah-Buahan, Badan Tak Sakit & Angin Semua Keluar!

CARA CUCI BUAH & SAYUR YANG BETUL, KENA GUNA BAHAN INI

cara cuci buah

Basuh sayur dengan buah, dengan salah satu dari 3 bahan ni:

– Campur salah satu dalam larutan air. Kemudian rendam sekejap sayur dan buah. Biarkan selama 10 hingga 15 minit, kemudian bilas.

cara cuci buah

Bila sayur dan buah dilalukan dengan air, 9 daripada 12 jenis sisa racun serangga yang ada boleh tersingkir.

Kajian mendapati sekiranya merendam sayur dan buah dalam air soda bikarbonat selama 2 minit, ia dapat menyingkirkan lebih banyak sisa racun serangga berbanding hanya dengan lalukan air pada buah dan sayur dalam jangka masa yang sama.

– Rendam 12 – 15 minit, dapat singkirkan terus semua sisa racun serangga yang ada pada sayur dan buah. Kalau gosok permukaan buah dan sayur akan dapat singkirkan keseluruhan sisa racun serangga yang ada, berbanding hanya lalukan air.

Elakkan ambil buah dan sayuran di bawah dalam kuantiti banyak:

cara cuci buah

Banyakkan sayuran yang di bawah untuk anak-anak:

cara cuci buah

Sayur dan buah organik, bukan saja bermaksud tidak menggunakan racun serangga. Ini bermakna bermula dengan biji benih non GMO, kawasan tanah tidak dicemari, baja organik dan lain-lain kriteria yang perlu disahkan oleh badan berkuasa seperti United State Department of Agriculture (USDA).

Sumber: Facebook Mazliana Mazlan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×