Ramai antara kita mungkin hanya cuci buah dengan membilas sekali sahaja sebelum makan. Namun sebenarnya, ada cara yang lebih berkesan untuk memastikan buah benar-benar bersih dan selamat dimakan, termasuk menyingkirkan sisa kotoran dan racun perosak.
Perkongsian ini menunjukkan langkah mudah yang boleh dilakukan di rumah menggunakan kaedah rendaman air sejuk.
Baca juga: Step-By-Step Buat Biskut Jejari Coklat Guna Roti, Hanya 3 Bahan Dah Jadi Kudapan Raya!
CARA CUCI BUAH IKUT SOP YANG BETUL

1. Mulakan dengan memasukkan buah ke dalam mangkuk yang cukup besar sehingga semua buah dapat direndam sepenuhnya.
2. Kemudian, tambahkan kira-kira satu sudu garam ke dalam air. Anda boleh menggunakan air sejuk daripada penapis air, atau air paip biasa yang bersih.
3. Untuk hasil yang lebih baik, boleh juga tambah ais batu bagi memastikan suhu air lebih rendah.
4. Rendam buah selama 20 hingga 30 minit. Kaedah ini dipercayai membantu mengurangkan bakteria kerana kebanyakannya menjadi tidak aktif pada suhu rendah, selain membantu menanggalkan sisa racun perosak dan kotoran pada permukaan buah.
5. Selepas itu, buang air rendaman pertama dan masukkan semula buah ke dalam mangkuk.

6. Isikan air sejuk yang baharu tanpa perlu menambah garam. Kali ini, rendam selama kira-kira 20 minit sahaja.
7. Langkah kedua ini bertujuan untuk membersihkan baki kotoran yang mungkin masih tertinggal.
8. Setelah selesai, keluarkan buah dan toskan airnya. Anda juga boleh mengelap buah menggunakan tisu bersih sehingga kering.
Hasilnya, buah akan kelihatan lebih bersih, segar dan berkilau, sekaligus lebih selamat untuk dimakan. Walaupun nampak ringkas, cara ini boleh dijadikan rutin harian bagi memastikan kebersihan makanan yang kita ambil lebih terjaga.
Sumber: Threads deedee_cooks_new
