Bekas pasir kucing merupakan salah satu keperluan penting untuk memastikan kebersihan dan keselesaan haiwan kesayangan anda kekal terjaga.
Menerusi laman Facebook milik Eny Yusnizar Abdullah, dia ada berkongsikan cara DIY bekas pasir kucing paling mudah dan sudah pastinya tidak mencecah RM100. Menarik kan?
Baca juga: Jenis-Jenis Cat Rumah Yang Senang Cuci, Anak Conteng Dinding Setiap Hari Pun Boleh!
CARA DIY BEKAS PASIR KUCING, TAK SAMPAI RM100
Disebabkan kucing dekat rumah ini ada seekor berat dah cecah 7kg, maka litter box yang sedia ada dah tak selesa untuk digunakan.
Merata-rata tempat cari litter box yang lebih besar dari yang ada sekarang tapi tak jumpa. Banyak yang jenis tak ada penutup. Akhirnya, terpaksa DIY guna bekas plastik seperti di bawah ini.
Disebabkan ramai tanya macam mana nak buat, jadi hari ini saya ceritakan di bawah.
– Beli kotak plastik dari saiz 107 litter RM55 sebiji.
– Kemudian, guna marker pen untuk tanda bahagian nak potong ikut saiz kucing anda. Seeloknya buat sebesar yang boleh untuk lebih mudah.
– Potong guna gergaji kecil.
– Bahagian yang dah potong, tutup dengan steel plate strip.
– Setelahh itu, isikan pasir kucing dan boleh digunakan.
Bekas pasir kucing sesuai sekiranya haiwan peliharaan anda memiliki berat berlebihan dan tiada bekas bersesuaian yang dijual di luar.
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat buat semua pencinta kucing di luar sana.
Baca juga: Cara Halau Lipas Di Rumah Guna Minyak Masak Terpakai, Hasilnya Memang Puas Hati!
Sumber: Facebook Eny Yusnizar Abdullah