Umum mengetahui pengambilan gula secara berlebihan sangat tidak bagus untuk kesihatan diri kerana boleh mendatangkan pelbagai penyakit.
Menurut satu kajian, pengambilan gula secara berlebih terutama minuman manis boleh menjejaskan kesuburan wanita dan lelaki.
Baca juga: Doa Untuk Kaum Wanita Amalkan Agar Rahim Kuat, Barulah Senang Nak ‘Lekat’ Anak
KURANG PENGAMBILAN GULA BOLEH BANTU IBU SEDANG TTC
Ini bermakna sekiranya anda sedang dalam fasa TTC atau ‘trying to conceive’, dinasihatkan agar menghadkan pengambilan gulan supaya kekal subur.
Pengambilan gula secara berlebih terutama dalam air manis boleh mengakibat kualiti air mani terjejas, penambahan berat badan dan rintangan insulin.
1. Rintangan insulin
Insulin adalah hormon yang dirembeskan oleh pankreas. Peranan utamanya adalah untuk mengawal paras gula darah dalam badan anda.
Rintangan insulin bermaksud ketidakupayaan otot, lemak dan sel hati untuk bertindak balas terhadap insulin dan menyerap glukosa daripada darah anda.
Oleh itu, pankreas akan menghasilkan lebih banyak insulin untuk memudahkan kemasukan glukosa ke dalam sel anda.
2. Kualiti air mani terjejas
Sama seperti wanita, kesuburan lelaki juga dipengaruhi oleh banyak faktor, termasuk pengambilan gula. Satu kajian menunjukkan penggambilan gula secara berlebihan dikaitkan dengan pengurangan kepekatan sperma pada lelaki.
Penurunan kepekatan yang ketara dilihat daripada pengambilan gula daripada minuman ringan dan gula dalam produk makanan.
Pengambilan minuman ringan dalam kajian ini tidak berlebihan, dengan purata hanya 0.2 minuman sehari, tetapi ia masih mengurangkan kepekatan sperma antara 18-23%.
3. Penambahan berat badan
Terlalu banyak gula dalam pemakanan seharian boleh menyebabkan penambahan berat badan dan peningkatan lemak dalam badan.
Walaupun penambahan berat badan yang sederhana mungkin bermanfaat untuk kesuburan jika anda dianggap kurang berat namun pengambilan gula bukanlah cara yang ideal.
Sebaliknya, anda boleh menyokong kesuburan anda dengan menambah berat badan dengan diet yang sihat dan padat kalori jika anda kurang berat badan.
Kesimpulannya, kesuburan lelaki dan wanita berkait rapat dengan kesuburan. Sekiranya sedang dalam fasa TTC, dinasihatkan agar mengurangkan pengambila gula terutama dalam minuman.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Bayi Lelaki Lebih KUAT MENYUSU Berbanding Baby Perempuan, Ibu Setuju Tak?
Sumber: Miscarriage Hope Desk