Pemilihan cat dinding amat penting kerana beberapa faktor utama perlu diambil kira seperti mudah dibersihkan atau tidak. Jika anda memiliki anak kecil, pasti pening sekiranya dinding di rumah penuh dengan contengan.
Jadi, jalan penyelesaian bagi masalah ini adalah dengan memilih jenis cat dinding yang mudah dicuci atau dibersihkan sekiranya terdapat kesan contengan dan kotoran.
Baca juga: Cara Halau Lipas Di Rumah Guna Minyak Masak Terpakai, Hasilnya Memang Puas Hati!
JENIS CAT DINDING YANG SENANG DICUCI/DIBERSIHKAN
1. Dulux Easy Clean
Jenama Dulux ini sesuai digunakan untuk bilik anak atau bilik mainan kerana jika dinding diconteng oleh si kecil, ia mudah untuk dibersihkan.
2. Jenis cat dinding – Nippon Paint Spot-less Plus
Selanjutnya, antara jenis cat dinding yang mudah untuk membersihkan kesan kotor atau contengan adalah Nippon Paint Spot-less Plus.
Cat ini direka untuk menangkis kotoran dan tahan lasak serta mengandungi anti-bakteria di mana boleh ruang bilik atau rumah lebih bersih.
3. Sancora Washable
Jenama cat dinding yang senang dicuci seterusnya adalah Sancora yang merupakan jenama tempatan. Cat ini memiliki formula hebat kerana tidak cepat rosak walaupun terdedah kepada sentuhan.
4. Cat dinding- Brand Jotun Majestic
Jotun Majestic antara pilihan terbaik untuk cat dinding yang mudah dibersihkan. Anda boleh mengemop dinding sebulan sekali dan cat tersebut tidak akan terhakis.
Segala kotoran degil akan hilang dan dinding kembali bersinar seperti baharu!
5. KCC CleanProof
Cat dinding rumah jenama KCC ini juga popular kerana mudah dicuci dan tidak mudah rosak walaupun segala jenis kotoran melekat. Cat ini sesuai digunakan di dapur atau ruang tamu.
Antara ciri lain cat dinding di rumah mudah dicuci adalah anda perlu pilih jenis:
- Cat emulsi akrilik
- Cat separa berkilat
- Cat epoxy
- Cat matte
- Cat anti bakteria
Jadi, sekiranya anda ingin membeli cat dinding rumah yang mudah dicuci, boleh ikut panduan seperti di atas ini. Semoga bermanfaat!
Baca juga: Cara Bersihkan Papan Pemotong Kayu Yang Makin ‘Berdaki’, Sental Guna Bahan Ini!
Sumber: Lemon8
Kredit imej: Pro Housekeepers