DIY & Kraf

Cara Bersihkan Papan Pemotong Kayu Yang Makin ‘Berdaki’, Sental Guna Bahan Ini!

23
SHARES
PAPAN PEMOTONG KAYU

Papan pemotong kayu atau plastik sering digunakan di dapur memotong, mencincang dan menghiris bahan masakan. Penggunaan yang kerap boleh menyebabkan papan pemotong tersebut kotor dan berbau busuk.

Selain membeli baharu, anda boleh menbersihkan papan pemotong kayu dengan menggunakan beberapa cara seperti perkongsian di bawah ini.

Baca juga: Cara Kilatkan Barang Kemas Guna Air Serbuk Teh, Puas Hati Tengok Warna Tak Kusam!

PAPAN PEMOTONG KAYU DAH KOTOR? INI CARA BERKESAN NAK CUCI

PAPAN PEMOTONG KAYU

1. Bersihkan dengan sabun cuci pinggan

Anda boleh mencuci papan pemotong kayu dengan menggunakan sabun pinggan mangkuk dan air panas. Caranya adalah basuh kedua-dua belah dan sental menggunakan berus dawai sehingga semua kotoran degilan hilang. Kemudian, bilas dan biarkan sehingga kering.

Jangan biarkan papan pemotong kayu anda terendam di dalam singki untuk jangka masa yang lama kerana ia boleh menyebabkan kelembapan dan bakteria berkumpul.

2. Papan pemotong kayu – guna cuka

Cara seterusnya untuk membersihkan papan pemotong kayu anda adalah menggunakan cuka. Caranya adalah semburkan sedikit cuka pada papan pemotong dan biarkan ia kering tanpa mengelapnya.

Cara ini bukan sahaja boleh menghilangkan kotoran tetapi ia juga membantu menghilangkan bau.

3. Bersih menggunakan lemon dan garam

Cara terakhir untuk membersihkan papan pemotong kayu adalah dengan menggunakan lemon dan garam. Anda hanya perlu menabur garam di atas papan pemotong kayu dan gosok menggunakan lemon sehingga kering.

Kemudian, kikis permukaan pemotong kayu untuk mengeluarkan segala kotoran degil. Bilas dan biarkan sehingga kering.

Membersihkan papan pemotong kayu dengan cara di atas disarankan untuk dilakukan setiap hari selepas menggunakannya. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Jenis Lampu Kereta Yang Tarik Perhatian JPJ, Kalau Tengok Mesti Kena Saman!

Sumber: The Spruce

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×