Dapur

Cara Simpan Pasta Yang Dah Dibuka Dengan Betul, Kena Pilih Bekas Jenis Ini

8
SHARES
CARA SIMPAN PASTA

Cara simpan pasta dengan betul perlu dititikberatkan kerana masih ada dalam kalangan kita yang menyimpannya menggunakan teknik salah. Antara perkara perlu diambil kira adalah jenis bekas supaya tekstur pasta kekal sama dan tidak mudah rapuh.

Jadi, ketahui cara simpan pasta dengan betul seperti perkongsian di bawah ini. Barulah kekal sedap apabila dimasak.

Baca juga: Ibu Kongsi Resepi Ayam Lemon Rangup Kegemaran Anak, Buat Seekor Mesti Licin!

CARA SIMPAN PASTA DENGAN BETUL, JANGAN TERSILAP

CARA SIMPAN PASTA

Cara simpan pasta yang belum dibuka adalah perlu diletakkan di tempat kering. Jangan simpan di ruang penyimpanan yang terlalu dekat dengan dapur/ketuhar anda kerana ia haba tersebut boleh merosakkan pasta.

Bagi pasta yang sudah dibuka dan digunakan pula, pindahkan lebih tersebut ke dalam bekas kedap udara. Walaupun pasta tahan lama dan mempunyai jangka hayat yang panjang, namun lebih baik jika memilih bekas kaca kedap udara untuk menyimpan lebihan pasta anda.

Antara kesilapan sering dilakukan adalah meletakkan pasta dan barangan kering lain di atas perkakas panas seperti oven. Tindakan ini boleh menyebabkan pasta lembap kerana haba daripada perkakas tersebut.

Akhir sekali, cara simpan pasta yang betul sangat penting kerana ia boleh digunakan sehingga dua tahun. Walau bagaimanapun, adalah lebih baik untuk merujuk tarikh tamat tempoh yang ditulis di kotak untuk kualiti optimum.

Jika anda mempunyai pasta di dapur dan risau tentang keselamatan, periksa teksturnya sebelum makan. Pasta yang telah melepasi tarikh luput akan menjadi rapuh dan retak.

Semoga artikel ini memberi manfaat buat anda semua.

Baca juga: Resepi Tauhu Bergedel Tak Cepat Basi, Ada Teknik Rahsia Buat Inti Lebih Sedap

Sumber: The Spruce Eats

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×