DIY & Kraf

Cara Buat Sendiri Sabun Cuci Tangan, Lebih Berbuih & Bau Wangi!

2
SHARES
SABUN CUCI TANGAN

Penggunaan sabun cuci tangan dalam kehidupan seharian adalah amat penting untuk membasmi kuman. Namun tidak semua orang sesuai menggunakan sabun yang dijual di luar kerana mengandungi bahan-bahan sensitif.

Jadi, lebih bagus dan selamat jika membuat sendiri sabun cuci tangan seperti perkongsian di bawah. Hanya memerlukan beberapa bahan sahaja.

Baca juga: Tips Paling Berkesan Hilangkan Bau Busuk Microwave, Guna 2 Bahan Je!

SABUN CUCI TANGAN BOLEH BUAT SENDIRI, MUDAH JE

SABUN CUCI TANGAN

Anda perlu:

1. Sediakan bekas

Langkah pertama untuk membuat sabun cuci tangan sendiri adalah anda perlu menyediakan bekas atau dispenser. Pastikan beli bekas yang boleh membuatkan sabun anda lebih berbuih.

2. Sediakan bahan

Setelah itu, sediakan bahan untuk membuat sabun seperti di bawah:

  • Sabun castile (boleh beli di Shopee)
  • Essential oil kegemeran anda
  • Air

Walaupun proses membuat sabun tangan adalah mudah tetapi bahan-bahan perlu ditambah mengikut urutan tertentu ke dalam bekas sabun.

3. Proses membuat sabun

Tuangkan sabun castile ke dalam bekas kemudian masukkan 10 hingga 15 titis minyak pati kegemaran. Akhir sekali, masukkan sedikit air secara perlahan-lahan agar tidak menghasilkan buih di dalam bekas tersebut.

Pastikan bahagian atas botol mempunyai ruang yang mencukupi untuk pam semula ke atas. Kacau sehingga sebati dan sedia untuk digunakan.

Mudah sahaja kan? Tak perlu beli sabun cuci tangan di luar.

Selamat mencuba!

Baca juga: Tudung Rosak & Tak Menjadi Bila Masuk Dryer, Guna Teknik Ini Untuk Selamatkannya!

Sumber: The Spruce

Kredit imej: Little Eco Footprints

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×