Keriangan Syawal masih terasa. Ada yang mengambil cuti panjang untuk berada di kampung bersama keluarga tersayang. Maklumlah bukan selalu dapat peluang beraya di kampung. Setahun hanya sekali.
Jika anda masih ingat tentang Episod 2 Misi Balik Beraya Di Kampung, kelihatan Danish memecahkan sesuatu sehingga ibunya marah. Apakah kesudahannya? Jom kita layan episod 3 Mini Series dari LifeBuoy.
Episod 3: “Nak mengajar anak kena ada cara dia”
Danish telah pecahkan pasu kesayangan neneknya. Pasti dia takut dimarah. Tapi silap besar. Bukannya dimarah, malah nenek melindunginya daripada dimarah ibunya.
Sayang betul nenek Danish pada cucu-cucunya. Nenek mana yang tidak sayang cucu bukan? Oleh itu, jika nenek berpesan, kita hendaklah selalu ingat pesanan nenek ya.
Nenek pesan cuci tangan bersih-bersih sebelum buat apa-apa
Salah satu tradisi pada bulan Ramadan adalah memasak bubur lambuk dan mengagihkan kepada orang ramai. Inilah cara terbaik untuk beramal. Danish sekeluarga juga tidak terkecuali.
Sewaktu Danish mahu membantu, neneknya berpesan supaya cuci tangan sebersihnya sebelum melakukan sesuatu kerja supaya tiada kuman melekat pada jari-jari.
Sabun cuci tangan antibakteria Lifebuoy Lemon Fresh mampu melawan 99.9% kuman dengan vitamin untuk kesihatan kulit. Paling menarik, ia merupakan sabun cuci tangan vitamin yang pertama di pasaran.
Ia telah terbukti secara dermatologi untuk memberi perlindungan 10x lebih kuat terhadap kuman dan mengurangkan bau tangan dengan aroma lemon segar. Bagus digunakan buat seisi keluarga di rumah.
Selepas cuci tangan, Danish dan sepupu-sepupunya turut membantu. Mereka juga telah bersama-sama ke surau dan masjid berdekatan untuk memberi bubur lambuk dan buah tangan.
Tapi ada benda lain pula yang terjadi setelah mereka pulang ke rumah.
Kenapa Raya cancel? Apa yang terjadi sebenarnya? Kalau anda mahu tahu, jangan lupa saksikan kisah selanjutnya di episod akan datang!