Nur

13 Sebab Mandi Wajib Tidak Sah & TERBATAL, Sia-Sia Kalau Buat Macam Ini…

5
SHARES
mandi wajib tidak sah

Mandi wajib adalah membersihkan diri daripada hadas besar keluar air mani, haid bagi wanita dan bersetubuh. Walaupun kelihatan mudah namun mandi wajib tidak sah jika anda terlepas pandang 13 perkara seperti perkongsian di bawah.

Jangan ambil ringan perkara ini kerana cara yang betul sangat penting agar ibadah kita diterima oleh Allah SWT. Ikuti penjelasan lanjut di bawah.

Baca juga: Dah Niat Puasa Sebulan Tapi Datang Haid, Niat Kena Baca Semula Atau Masih Sah…

MANDI WAJIB TIDAK SAH BILA TERLEPAS PANDANG PERKARA INI

mandi wajib tidak sah

1. Ada tatu di badan

Tatu diperbuat daripada dakwat di mana air tidak dapat menembusi kulit. Jadi ini bermakna, mandi wajib tidak sah kerana ada tatu di badan.

2. Ada sulam kening, bedak & lain-lain

Sulaman kening, bibir, bedak dan apa-apa bentuk rawatan kecantian yang tidak boleh ditembusi air adalah antara punca mandi wajib tidak sah.

Anda perlu membuangnya terlebih dahulu untuk memastikan mandi wajib tersebut sah.

3. Tidak ikut tertib

Setiap urutan perlu diikut agar mandi wajib sah.

4. Ada bahagian tubuh belum terkena air

Salah satu syarat sah mandi wajib adalah seluruh anggota badan dibasahi air. Jika ada bahagian tubuh yang tidak terkena air, maka mandi wajib dikira batal atau tidak sah.

Oleh itu, pastikan air mandian itu benar-benar sampai ke seluruh badan. Pastikan lipatan yang sukar dicapai dibilas dan digosok dengan baik.

5. Ada objek pada kulit

Sekiranya ada objek pada kulit sehingga air tidak dapat menembusi, mandi wajib tersebut dikira terbatal atau tidak sah. Pastikan anda bersihkan anggota badan terlebih dahulu sebelum mula mandi wajib.

6. Tutup kepala semasa mandi

Sesetengah orang meletakkan sesuatu di kepala mereka apabila ingin mandi kerana mereka bimbang rambut basah. Tindakan ini boleh menghalang air daripada masuk dan itu adalah kesilapan besar.

Hal ini kerana mandi wajib menjadi kurang sempurna.

7. Tak tutup aurat dengan sempurna

Perkara lain yang boleh membatalkan mandi wajib adalah tidak menjaga aurat. Badan kita tentunya tidak berpakaian ketika mandi wajib agar boleh dicuci dengan baik.

Namun, pastikan ia tertutup sepenuhnya supaya orang lain tidak dapat melihat. Menjaga aurat ketika mandi adalah syarat sah yang mesti dipenuhi.

8. Kuku tidak bersih

Sekiranya terdapat kotoran pada kuku yang boleh menghalang air daripada sampai ke badan terutama di bawah kuku, kotoran tersebut hendaklah dibuang terlebih dahulu.

Begitu juga kuku yang diwarnai dengan pewarna kuku, hendaklah dibersihkan terlebih dahulu kerana jika tidak akan ada bahagian badan yang tidak terkena air.

9. Pewarna rambut tidak telus air

Apa yang menyebabkan mandi wajib batal dan tidak sah adalah penggunaan pewarna rambut yang tidak telus air.

10. Rambut diikat 

Sekiranya seseorang itu mengikut rambut atau membuat sanggul, air tidak dapat menyerap masuk ke seluruh bahagian rambut. Baik lelaki atau perempuan, rambut perlu dilepaskan ketika mandi wajib.

11. Air tak bersih

Mandi wajib hendaklah menggunakan air yang bersih iaitu air suci lagi menyucikan. Tidak sah jika menggunakan air yang bukan air bersih kecuali dalam keadaan darurat.

12. Tak baca niat

Niat mandi wajib hendaklah dinyatakan apabila anda mula menyapu air ke anggota badan. Jika niat itu dilafazkan selepas seseorang itu membasuh anggota badannya, maka mandi wajib itu batal dan dia hendaklah mengulangi niatnya semula.

13. Tidak memenuhi rukun mandi wajib

Selain daripada tertib perlaksanaan, terdapat tiga rukun mandi wajib yang perlu ditunaikan agar pelaksanaannya dianggap sah iaitu, niat dilafazkan secara senyap, tidak perlu dilafazkan dengan suara yang kuat. bersih daripada najis dan kotoran.

Pastikan seluruh anggota badan dibasahi air termasuk yang boleh dilihat jelas atau yang sukar dicapai (lipat).

Jadi, pastikan anda ambil berat tentang perkara ini.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Berpuasa Tapi Tak Pernah Bangun Sahur, Sah Atau Tidak? Ini Penjelasannya…

Sumber: Dalam Islam 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×