Nur

Berpuasa Tapi Tak Pernah Bangun Sahur, Sah Atau Tidak? Ini Penjelasannya…

5
SHARES
HUKUM BERPUASA TANPA BERSAHUR

Nabi SAW menyarankan agar umatNya bersahur kerana pelbagai kelebihan. Namun, tidak semua orang melakukannya kerana kadang kala terlewat bangun dan sebagainya. Jadi, yang menjadi tanda tanya adalah mengenai hukum berpuasa tanpa bersahur.

Adakah ia sah atau sebaliknya? Bagi menjawab persoalan tersebut, penulis ada kongsikan penjelasan lanjut di bawah untuk anda baca.

Baca juga: Senarai Contoh Doa Dalam Sujud Boleh Baca, InsyaAllah Dimakbulkan…

HUKUM BERPUASA TANPA BERSAHUR, INI PENJELASANNYA

HUKUM BERPUASA TANPA BERSAHUR

Antara syarat sah puasa adalah niat dan bersih dari haid serta nifas. Walaupun bersahur tidak termasuk dalam satu syarat namun makan pada waktu sahur sangat dianjurkan.

Hal ini kerana sahur memberi banyak kebaikan dalam kehidupan dan Rasulullah sangat mengalakkan umat Islam bangun walaupun hanya seteguk air.

“Sahur adalah makanan yang penuh keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu tinggalkan, walaupun hanya seteguk air kerana sesungguhnya Allah dan para malaikat memberi rahmat kepada orang yang bersahur.” (HR. Ahmad 3/12)

Bersahur juga merupakan perbezaan di antara puasa orang islam dan puasa ahli kitab. Hal ini adalah sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada ‘Amr bin al-‘As R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

فَصْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ، أَكْلَةُ السَّحَرِ

Maksudnya: “Perbezaan antara puasa kita dan puasa ahli kitab adalah dengan makan sahur.”

Menurut empat mazhab (Hanafi, Maliki, Syafie, dan Hanbali), puasa tanpa sahur tetap sah selagi ada niat dan menahan diri daripada lapar dan dahaga serta meninggalkan perkara yang membatalkan puasa.

Sekiranya seseorang itu terlajak tidur dan tidak boleh bersahur, dia boleh meneruskan puasa dengan syarat telah berniat puasa pada malamnya atau berniat untuk berpuasa terus selama sebulan berdasarkan pandangan Imam Malik.

Walau bagaimanapun, jika terlalu dan teramat lapar serta dahaga sehingga menyebabkan kemudaratan, maka anda dibenarkan berbuka puasa dengan syarat perlu menggantikannya setelah selesai bulan Ramadan.

Semoga artikel ini memberi manfaat buat anda semua.

Baca juga: Ustaz Don Kongsi 1 Doa Yang Tidak Akan Ditolak Oleh Allah SWT Sepanjang Ramadan

Sumber: Maktabah Al-Bakri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×