Sihat

Senarai Jenis Ubat Yang Membatalkan & Tidak Membatalkan Puasa, Ingatkan Semua Sama!

2
SHARES
ubat yang batalkan puasa

“Doktor, boleh tak terangkan jenis ubat yang batalkan puasa dan tak batalkan puasa? Keliru la..”

Mungkin ramai dalam kalangan kita yang masih memerlukan untuk mengambil beberapa jenis ubat walaupun dalam bulan Ramadan dan sedang berpuasa. Ada ubat yang perlu dimakan, dicucuk atau disapu pada waktu pagi tetapi risau pula kalau ada jenis ubat yang boleh membatalkan puasa tanpa kita sedari.

Jadi, di dalam perkongsian Twitter milik Dr. Samhan, beliau berkongsikan kepada ramai mengenai ubat yang membatalkan, tidak membatalkan serta prosedur kesihatan yang tidak membatalkan puasa.

KENA TAHU UBAT YANG BATALKAN PUASA & TIDAK BATALKAN

ubat yang batalkan puasa

Hari ini saya akan terangkan :

– Ubat yang batalkan puasa
– Ubat yang tak batalkan puasa
– Prosedur yang tak batalkan puasa

1. Ubat yang BOLEH BATAL puasa:

– Ubat biji.

– Ubat minum.

– Pesari (ubat masuk ke dalam vagina).

Ubat masuk bontot (iaitu supositori dan enema).

2. Ubat yang TAK BATAL puasa:

– Ubat letak bawah lidah (dengan syarat: LETAK bawah lidah, BUKAN ditelan).

– Ubat cucuk insulin.

– Ubat titis mata, telinga dan cuci telinga (ear wash).

– Ubat sapu macam krim dan losyen.

– Ubat kumur (dengan syarat: kumur-kumur sahaja, BUKAN ditelan).

– Ubat sembur atau pancit hidung (dengan syarat: ia TAK disedut).

– Ubat bius setempat atau separuh.

– Menggunakan ubat titik hidung, spray hidung atau inhaler (untuk asthma).

3. Prosedur yang TAK BATAL puasa

ubat yang batalkan puasa

– Haemodialisis atau peritoneal dialysis.

– Mengambil darah untuk pemeriksaan.

– Memasukkan alat urethroscope ataupun ubatan melalui saluran kencing ataupun irigasi pundi kencing.

– Injeksi(cucuk) melalui kulit, kedalam otot (intramuscular), sendi (intraarticular), kedalam pembuluh darah (intravenous) kecuali jika bahan yang dicucuk itu mempunyai zat.

Menderma atau menerima darah.

– Menerima oksigen atau gas untuk bius.

– Menerima semua bahan yang diserap kedalam badan melalui kulit, seperti krim sapuan, minyak dan sebagainya.

– Memasukkan ovules kedalam kemaluan wanita(vagina), cuci vagina, memasukkan alat speculum kedalam vagina, atau memasukkan jari (oleh doktor/bidan) untuk pemeriksaan (contoh periksa jalan untuk bersalin).

– Memasukkan tiub (catheter) untuk pemeriksaan.

– Memasukkan tiub melalui mulut atau dubur (Endoscopy) untuk pemeriksaan (diagnostic) atau rawatan (intervention).

ubat yang batalkan puasa

Mencuci mulut, kumur-kumur, spray mulut, dengan syarat ia tidak ditelan.

– Pemeriksaan dalam rahim (Hysteroscopy) atau memasukkan alat dalam rahim (intrauterine device).

– Menggerudi, mencabut, mencuci gigi, menggunakan miswak (kayu sugi), dengan syarat ia tidak ditelan.

– Mengambil sel dari hati atau organ lain (Biopsy).

– Injeksi pada dubur, pemeriksaan dubur (anoscopes) ataupun pemeriksaan dubur menggunakan jari.

– Pembedahan yang memerlukan bius penuh (general anaesthesia).

Tolong sebarkan pada orang lain sebab masih ramai yang keliru.

Sumber: Twitter @Dr.Samhan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×