Sihat

Nak Lepaskan ‘Hajat’ Pun Tak Aman, Ini Punca & Tanda Anda Sedang Alami Buasir..Sakit!

1
SHARES
tanda buasir

Ngilunya bila orang bercerita mengenai buasir! Mana tidaknya, setiap kali nak membuang air besar pasti akan rasa pedih dan akan berdarah bahagian sulit tersebut. Ramai yang mengalami sakit ini tetapi menganggap bahawa ia tidak serius malah tidak perhatikan langsung tanda buasir yang berlaku.

Oleh itu, berikut merupakan penerangan dari doktor di laman Twitter mengenai punca buasir dan tanda-tanda yang perlu anda awasi. Sakit tu setiap kali nak lepaskan ‘hajat’!

TANDA BUASIR YANG ANDA KENA PANTAU!

tanda buasir

Pernahkah anda melihat darah pada tisu atau mangkuk tandas anda? Atau rasa sakit semasa ingin membuang air besar? Itu mungkin disebabkan oleh buasir.

Jom ketahui punca-punca yang menyebabkan buasir.

Buasir berlaku apabila pembuluh darah vena yang terletak di bahagian bawah rektum (bahagian terakhir usus besar) dan anus (dubur) berkembang dan membesar.

Pembuluh darah vena ini secara normalnya tidak membesar dan berfungsi sebagai saluran yang mengalirkan darah daripada tisu di bahagian terbabit naik ke jantung.

Apabila vena ini membesar dan berkembang, ia cenderung untuk luka semasa membuang air kerana bergeser dengan najis menyebabkan pendarahan dan juga rasa sakit.

Pesakit mungkin mengalami :

1. Pendarahan dari dubur.

2. Bengkak pada dubur.

3. Sakit pada dubur semasa membuang air.

Apakah punca buasir?

tanda buasir

Berlaku apabila terdapat gangguan pada peredaran darah di kawasan bawah rektum dan anus. Gangguan ini disebabkan oleh tekanan yang tinggi pada bahagian tersebut sehingga membuatkan vena membesar.

Keadaan ini mungkin disebabkan oleh:

1. Sembelit kronik

-Proses meneran memberikan tekanan yang tinggi kepada vena. Ia mendedahkan seseorang kepada buasir.

2. Melakukan kerja-kerja berat

-Pekerjaan yang memerlukan seseorang meneran seperti mengangkat barang berat juga meningkatkan risiko penyakit ini.

3. Kehamilan

-Rahim yang membesar semasa hamil boleh menekan vena di bahagian pinggul sehingga menyebabkan perjalanan darah terganggu.

4. Duduk atau berdiri terlalu lama

Sesetengah orang lebih cenderung mendapat buasir kerana anatomi badan mereka membuatkan mereka lebih berisiko. Jika ada ahli keluarga yang pernah mengalaminya, anda juga mungkin berisiko.

Buasir bukanlah satu keadaan kesihatan yang serius dan berbahaya. Namun, ia mungkin sangat mengganggu kehidupan seseorang disebabkan kesukaran membuang air besar dan rasa sakit yang mungkin dialami.

Sumber: Twitter @Dr.Samhan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×