Famili

Muda Lagi Tapi Payudara Dah Kendur & ‘Melondeh’, Guna Cara Ini Untuk Mantapkan Ia Kembali!

78
SHARES
payudara kendur

Menjadi lumrah bagi wanita apabila bentuk payudara yang original akan menjadi kendur dan ‘melondeh’ akibat faktor usia. Mungkin kedengaran normal namun payudara kendur ini akan menyebabkan ramai dalam kalangan wanita berasa murung dan kurang keyakinan. Tambah pula kalau tengok payudara artis Hollywood, memang wow semuanya!

Payudara ‘ptosis’ yang digunakan dalam terma perubatan merupakan masalah yang sering dirawat oleh doktor pembedahan plastik. Namun, terdapat beberapa cara secara semula jadi yang anda boleh cuba lakukan selain melalui pembedahan plastik supaya dapat mengurangkan kenduran payudara anda. Barulah mantap!

APAKAH YANG MENYEBABKAN PAYUDARA KENDUR?

payudara kendur

Punca utama yang sering dikaitkan dengan kekenduran payudara wanita adalah usia. Tidak kira siapa dan apa anda pakai, masa dan graviti akan menyebabkan kulit menjadi kurang anjal dan semakin lemah dari hari ke hari.

Namun, perlu anda sedar bahawa wanita yang masih muda usianya juga tidak terlepas untuk mengalami masalah yang sama. Berikut merupakan sebabnya:

Sudah melahirkan bayi dengan beberapa kali akan menyebabkan bahagian badan yang menyokong payudara tidak kuat seperti asalnya.

-Merokok menyebabkan kulit mudah untuk hilang keanjalan dan kekuatan dan anda juga akan nampak tua.

-Anda yang mempunyai payudara bersaiz besar mempunyai potensi untuk kendur dengan lebih cepat.

-Mengalami penurunan badan secara mendadak menyebabkan perubahan bahagian dada dan payudara.

-Terlampau terdedah dengan cahaya UV akan menyebabkan tahap kolagen dan elastin menurun dengan mendadak.

-Atas faktor mengidap penyakit lain seperti, kanser payudara dan tuberculosis.

CARA UNTUK NAIKKAN PAYUDARA SUPAYA MANTAP!

payudara kendur

Sudah semestinya anda tidak dapat mengembalikan bentuk asal payudara seperti zaman muda-muda remaja tetapi anda boleh cuba bagi menaikkan semula payudara tersebut. Tidaklah nampak terlampau ‘londeh’ dari biasa!

1.SENAMAN BAHAGIAN DADA

Terdapat beberapa jenis senaman bahagian dada atau chest exercise yang anda boleh buat, bukan sahaja membaik pulih otot malah bagus untuk postur badan juga. Nak pergi lakukan senamam ini di gym pun boleh dan antara jenis senaman yang boleh dilakukan adalah:

-Push up

-Berenang

-Bench press

-Arm curls

2. JAGA DIET DAN NUTRISI

Sudah semestinya, penjagaan makanan seharian amatlah penting untuk menstabilkan penghasilan kolagen dalam badan. Bila anda jaga makan dan nutrisi, bukan sahaja dapat menganjalkan kulit badan malah kulit wajah pun nampak berseri-seri.

Mengekalkan berat badan dalam tahap yang betul mengikut BMI badan juga amat disarankan kerana mempunyai berat overweight akan meletakkan tekanan yang lebih kepada tisu kulit. Bila dah tambah tekanan terhadap tisu kulit, maka payudara akan semakin membesar dan semakin mengendur!

3. TAMBAH PENGAMBILAN AIR

Paling mudah dan paling neutral adalah dengan minum air dalam kadar yang cukup. Disarankan oleh pakar kesihatan untuk minum air sekurang-kurangnya 64oz air secara kerap supaya dapat mengekalkan hidrasi badan, kulit dan menjadikan payudara kekal dalam bentuk elok.

Bila cukup air, barulah kawasan payudara tak kering, berkedut dan melondeh.

payudara kendur

4.PAKAI BRA YANG BETUL

Inilah kesalahan yang sering dilakukan dalam kalangan para wanita. Memilih jenis bra yang salah juga menjadi penyebab kenapa payudara anda mudah kendur walaupun masih muda.

Amat penting untuk memakai sport bra ketika melalukan senaman kerana dapat menampung tekanan ketika melakukan aktiviti seperti melompat atau berlari.

Paling penting untuk pemakaian seharian adalah memilih bra dengan saiz yang betul supaya dapat mengekalkan bentuk payudara seperti normal.

5. URUT GUNA AIS

Ramai mesti tidak tahu cara ini bukan? Rupa-rupanya menggunakan ais semasa berurut juga merupakan cara untuk mengembalikan bentuk payudara seperti normal. Sejuk dan berais membantu untuk mengerakan tisu kulit lalu mengelakkan dari kulit menjadi kendur, ini yang menjadikan payudara anda kekal anjal!

Hanya guna 2-3 ketulan ais dan balut dengan kain atau tuala kecil. Kemudian urut bahagian payudara dengan balutan ais tersebut dalam 15 minit dan lakukan urutan ini dua kali sehari secara ulangan untuk kesan maksima.

Sumber: Healthline, MakeupandBeauty

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×