Rakyat

Rasa Pelik Pada Payudara & Nak Buat Ujian Mamogram, Ini Step Mudah Yang Boleh Anda Ikut

2
SHARES
ujian mamogram

Penyakit kanser payudara merupakan barah yang paling banyak mengorbankan nyawa kaum wanita di Malaysia. Berdasarkan statistik terkini, mencatatkan 1 daripada 19 orang wanita menghidap kanser payudara di Malaysia. Jadi, salah satu cara untuk para wanita membuat pengesanan awal penyakit ini adalah menerusi ujian mamogram.

Mungkin ramai juga kurang tahu mengenai langkah kerajaan memperkenalkan program subsidi di bawah LPPKN untuk anda yang ingin menjalankan ujian ini. Macam mana nak daftar?

CARA BUAT UJIAN MAMOGRAM, MOHON SUBSIDI PENGESANAN AWAL KANSER PAYUDARA

ujian mamogram

Program Subsidi Mamogram adalah satu langkah kerajaan untuk menggalakkan pengesanan awal kanser payudara. Ia ditujukan kepada wanita berumur 35 – 70 tahun untuk menjalani ujian mamogram di pusat-pusat mamogram swasta yang berdaftar dengan LPPKN. Pemeriksaan saringan sinar-x untuk mengesan peringkat awal kanser payudara.

Mamogram dapat mengesan kanser payudara pada peringkat paling awal iaitu sebelum ketumbuhan dapat dirasai pada payudara dan ianya berkesan untuk meneliti kesihatan am payudara. Ketahui antara kriteria untuk mendapatkan subsidi ujian mamogram di LPPKN:

▪️ Mempunyai risiko tinggi/ gejala kanser payudara

▪️Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap

▪️Wanita yang berumur 40 hingga 70 tahun

▪️Wanita daripada kalangan B40 & M40

PANDUAN DAFTAR PEMOHON BAHARU

ujian mamogram

Pada ruangan ‘Klinik Nur Sejahtera’:

-Tekan butang ‘Pemohon Baru’ daripada laman ‘Klinik NUR SEJAHTERA’.

-Tekan butang ‘Pemohon Baru’ daripada kotak mesej ‘Klinik NUR SEJAHTERA’.Laman ‘Proses Permohonan’ untuk pemohon baru dipapar.

-Laman ini akan menerangkan serba sedikit mengenai kanser, kelayakan yang diperlukan untuk Program Subsidi dan cara untuk memohon subidi.

Tekan butang ‘Seterusnya’ untuk ke bahagian ‘Mengenai Mamogram’ .

-Pengguna boleh memilih untuk mengisi butiran secara manual atau membenarkan sistem membaca segala butiran melalui MyKad. Sambungkan ‘Mykad Reader’ kepada Komputer.

-Masukkan MyKad kepada MyKad reader. Tekan butang ‘Baca MyKad’. Butiran di bawah dibaca melalui MyKad pemohon:

· Nama

· No Kad Pengenalan

· Kewarganegaraan

· Alamat Kediaman

· Poskod

· Negeri

Tekan butang ‘Seterusnya’ untuk ke bahagian ‘Kriteria’ untuk mengisi borang ‘Sejarah Perubatan dan ‘Kriteria Bagi Melakukan Ujian Mamogram’.

·‘Sejarah Perubatan’ soalan ini wajib diisi oleh pengguna.

. Sekiranya pengguna memilih “Ya” untuk soalan 1:’Adakah anda mempunyai masalah payudara?”, pengguna perlu memilih “Apakah jenis masalah?”

. Sekiranya pengguna memilih “Ya” untuk soalan 3: Pernahkah anda menjalani ujian mamogram?, Pengguna perlu memilih “Nyatakan tahun ujian mamogram dibuat dan keputusannya.” Tahun dan keputusan ujian diperlukan.

·‘Kriteria Bagi Melakukan Ujian Mamogram’ 3 kriteria utama yang perlu dipilih.

· Sekiranya memilih Criteria 1 pengguna perlu memilh satu daripada Bahagian A atau 2 daripada Bahagian B.

· Pengguna boleh memilih lebih maklumat dalam pilihan kriteria bagi tujuan rekod.

ujian mamogram

Tekan butang ‘Seterusnya’untulk ke laman ‘Pengesahan Permohonan’. Tidak Berkenaan akan dipaparkan di laman ini dan butang Seterusnya akan ditambah unituk klinik yg boleh melakukan temujanji kepada pemohon.

-Pengguna dibenarkan menekan butang ‘Ubah’ untuk kembali ke ‘Borang Permohonan’ bagi mengubah maklumat mereka.

-Pengguna dibenarkan menekan butang ‘Kembali’ untuk kembali ke ‘Kriteria’ bagi mengubah risiko pemohon.

Kotak mesej “Permohonan Subsidi Ujian Mamogram” and gambar rajah “Pemeriksaan Payudara” akan muncul untuk tujuan cetakan.

Setelah berjaya mendaftar, laman ‘Temujanji Baru’ dipapar untuk pengguna membuat temujanji baru.

·Pilih negeri di kotak ‘Negeri’ di bawah (‘Pusat Mamogram’ )

·Pilih Pusat Mamogram di kotak ‘Pusat Mamogram’ (‘Alamat’, ‘No Telefon Pusat Mamogram’ dan ‘Harga Mamogram’ akan dipapar)

·Pilih tarikh daripada kotak ‘Tarikh Temujanji’ (kotak ‘Masa’ akan dipapar)

Nota: Kod warna temujanji

– Ungu Lembut mewakili janjitemu yang lepas atau sudah penuh untuk temujanji

– Hijau Lembut mewakili hari cuti

– Kelabu mewakli hari tidak bekerja

– Hijau mewakili tarikh temujanji

– Pilih masa daripada kotak ‘Masa’ .

– Tekan butang ‘Simpan’ untuk menyimpan temujanji baru.

Laman ‘Temujanji Baru’ akan dipapar untuk pengesahan.

-Tekan butang ‘Simpan’ untuk mengesahkan temujanji baru.

-Tekan butang ‘Ubah’ untuk mengubah dan melihat butiran temujanji .

Dapatkan subsidi Mamogram anda sekarang di mana mana 49 buah Klinik Nur Sejahtera LPPKN di seluruh Malaysia. Maklumat lanjut berkenaan Mamogram sila layari Portal eMamogram.

Sumber: Twitter @LPPKN

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×