Hospital

Klinik LPPKN Tawarkan Pemeriksaan HPV DNA & Mamogram Percuma. Ini Caranya

4.3K
SHARES

Tahukah anda mengenai Pemeriksaan Ujian Mamogram dan HPV DNA untuk wanita?

Ujian Mamogram merupakan suatu pemeriksaan saringan sinar-X yang dilakukan untuk mengesan peringkat awal kanser payudara.

Manakala Ujian HPV DNA iaitu singkatan kepada ‘Human Papilloma Virus’ merupakan kaedah terbaru pap smear yang dilakukan untuk mengesan peringkat awal kanser serviks.

Pemeriksaan Percuma Di Klinik LPPKN

Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN) melalui Klinik Nur Sejahtera menawarkan:

1. Ujian Mamogram Percuma

Klinik LPPKN menawarkan ujian mamogram secara percuma kepada semua wanita warganegara Malaysia dengan ciri yang berikut:

  • berumur 40 tahun sehingga 70 tahun
  • berpendapatan isi rumah kurang daripada RM 10,000.00

Buat pengetahuan, pemeriksaan mamogram di perkhidmatan swasta adalah sekitar RM100 hingga RM300.

Selain itu, wanita yang berpendapatan melebihi RM10,000 dan ke atas akan diberi subsidi RM50 melalui Program Subsidi Mamogram sekiranya mempunyai kriteria risiko tinggi kanser payudara atau wanita yang dirujuk untuk ujian diagnostik mamogram.

Foto Kredit: kosmo.my

2. Ujian Pemeriksaan HPV DNA Percuma

Bagi ujian pemeriksaan HPV DNA pula, pihak LPPKN juga menawarkan kos ujian pemeriksaan percuma untuk semua wanita warganegara Malaysia yang memenuhi kriteria ini:

  • berumur antara 25 tahun sehingga 65 tahun
  • berada dalam golongan B40 dan M40
  • yang berkahwin ataupun pernah berkahwin.

Pemeriksaan HPV DNA adalah kaedah terbaru yang diperkenalkan bagi menggantikan kaedah pemeriksaan pap smear yang biasa di’geruni’ ramai tanpa menggunakan ‘muncung itik’.

Sebaliknya, ujian HPV DNA ini  boleh dilakukan sendiri dengan mudah secara efektif dengan tunjuk ajar pegawai kesihatan.

Pelaksanaan Program Rintis Saringan Kanser Serviks untuk tahun 2019 ini bertujuan untuk menggalakkan wanita yang berkahwin atau pernah berkahwin menjalani ujian HPV DNA serta meningkatkan tahap kesedaran tentang pencegahan kanser serviks.

Di perkhidmatan swasta, kos untuk menjalani pemeriksaan HPV DNA adalah sekitar RM250.

Program ini adalah ditawarkan secara PERCUMA bermula Januari sehingga penghujung Disember 2019 dan dijalankan melalui 49 Klinik Nur Sejahtera (KNS) dan Klinik Subfertiliti LPPKN serta secara outreach di kawasan pedalaman.

Foto Kredit: LPPKN

Maklumat Lanjut

Berikut adalah link untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan:

Ujian Mamogram Percuma & Subsidi

Ujian HPV DNA Percuma

Senarai 46 Klinik LPPKN Di Seluruh Negara

Sila layari laman web rasmi LPPKN di www.lppkn.gov.my atau Facebook Rasmi LPPKN untuk mendapat update terbaru.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×