“Risau pula bahagian alat sulit aku ni asyik gatal-gatal, tak pasal-pasal ada penyakit kelamin!”
Melakukan hubungan seksual dalam kalangan pasangan yang sudah berkahwin merupakan tuntutan yang wajib dan disebut nafkah batin. Namun, berbeza pula dengan sesetengah orang yang masih leka dengan dunia luar dan melakukan hubungan seksual secara haram tanpa memikirkan pelbagai penyakit yang mereka boleh terjerumus.
Jadi, sebagai langkah peringatan supaya anda berhati-hati, berikut merupakan antara 5 jenis penyakit kelamin yang popular dan seringkali terjadi. Awas, anda pun mungkin akan jadi mangsa kalau masih tak sedar -sedar!
Baca juga: Rupanya Ini Manfaat Bila Anda STOP Makan Roti Selama 14 Hari, Sakit Kepala Semua Hilang!
5 JENIS PENYAKIT KELAMIN YANG POPULAR, AWAS KALAU RASA GATAL-GATAL
1.Chlamydia
Chlamydia merupakan jenis penyakit seksual berjangkit yang paling umum terjadi. Namun, ramai yang tidak mengalami sebarang gejala ketika menderita dalam kondisi ini.
Gejala chlamydia antaranya adalah rasa sakit ketika melakukan hubungan seks atau semasa buang air kecil. Bukan itu sahaja, ada juga yang mengalami kesakitan di bahagian bawah perut. Penting untuk anda tahu juga bahawa jika wanita hamil yang menderita chlamydia, penyakit ini boleh menular ke bayinya. Setelah lahir, bayi berisiko mengalami pneumonia, infeksi mata, hingga mengalami kebutaan.
2. HPV (Human Papillomavirus)
Human Papillomavirus (HPV) adalah virus yang boleh berjangkit dari satu orang ke orang lain melalui hubungan intim kulit-ke-kulit atau secara seksual.
Gejala HPV yang paling umum adalah kutil pada alat kelamin, mulut, atau tekak. Menurut National Cancer Institute, punca besar berlakunya kanser di Amerika Syarikat adalah berkaitan HPV.
3.Sifilis
Sifilis adalah infeksi bakteria yang jarang dikenalpasti semasa mengalami gejala awal. Gejala pertama yang seringkali muncul adalah luka bulat kecil atau juga dikenal sebagai chancre.
Penyakit ini biasanya merebak di bahagian alat kelamin, dubur, atau mulut. Penyakit ini memang tidak menyakitkan, tapi bersifat sangat menular iaitu mudah berjangkit. Gejala-gejala sifilis adalah meliputi ruam, kelelahan, demam, sakit kepala, sakit sendi, penurunan berat badan, dan rambut luruh.
4. HIV
Ini sudah seringkali didengari dan mendapat banyak perhatian bukan? HIV adalah penyakit yang dapat merosakkan sistem kekebalan tubuh atau imunisasi dan meningkatkan risiko tersebarnya virus atau bakteri lain yang menjadi punca kanser.
Jika tidak mendapatkan rawatan dengan segera, penyakit ini boleh menyebabkan HIV tahap 3 yang dikenali sebagai AIDS. Pada tahap awal, gejala HIV sering dianggap hanya selesema. Antara gejala lain adalah:
-Demam
-Tubuh panas dingin
-Sakit dan lenguh di seluruh tubuh
-Bengkak kalenjar
-Sakit tekak
-Sakit kepala
Gejala-gejala awal ini biasanya hilang dalam satu bulan atau lebih.
5.Kutu Kemaluan
Kutu kemaluan adalah serangga kecil yang berkembang di rambut kemaluan atau bulu. Seperti kutu kepala dan kutu badan, kutu kemaluan juga makan darah manusia. Antara gejala umum anda mempunyai kutu kemaluan adalah:
-Gatal di sekitar alat kelamin.
-Benjolan merah muda atau merah kecil di sekitar alat kelamin.
-Demam ringan.
-Tubuh terasa lemah dan tiada tenaga.
Jika tidak dirawat, kutu kemaluan dapat menyebarkan bakteria kepada orang lain melalui kontak kulit-ke-kulit atau pakaian, tempat tidur. Takut!
KENAPA ANDA TERDEDAH DENGAN PENYAKIT SEPERTI INI?
1.Tidak menggunakan kondom.
2.Melakukan hubungan seksual dengan ramai pasangan.
3.Pernah ada sejarah penyakit seksual yang lain.
4.Penyalahgunaan alkohol atau ubat-ubatan tertentu.
5.Berusia antara 15-24 tahun.
6.Menggunakan jarum suntikan yang sama bersama pesakit HIV, hepatitis B dan C.
*Jadi, janganlah terlampau leka hanyut mengikut arus zaman dalam hal melibatkan hubungan seksual ini ya. Pastikan anda menjaga kebersihan diri dan pasangan serta kebersihan semasa melakukan hubungan seksual. PALING PENTING ADALAH HALAL YA!
Sumber: Medline Plus