Sihat

9 Posisi Regangan Seperti Haiwan Ini Boleh Kurangkan Sakit Sciatica, Tak Lenguh Pinggang Dah!

6
SHARES
apa itu sciatica

“Aduhai sakit betul bahagian belakang terutama sekali pinggang..ada orang cakap ini sciatica. Tapi apa itu sciatica?”

Kesakitan ‘Sciatica’ mungkin merupakan terma yang jarang didengari. Namun, ini antara gejala kesakitan yang dialami oleh kebanyakan orang apabila selalu sakit dan lenguh di bahagian pinggang dan berkaitan dengan slipped disk. Aduh, sakit dan tak selesa bukan?

Jadi, berikut merupakan antara beberapa posisi regangan yang anda boleh cuba untuk kurangkan kesakitan pada bahagian badan yang tertentu. Jangan terkejut pula bila baca nama posisi yang disenaraikan tersebut ya!

Baca juga: Bukan Semuanya Sama, Doktor Jelas Ada Beza Antara Serangan Jantung & Jantung Terhenti

APA ITU SCIATICA? RUPANYA BOLEH KURANGKAN SAKIT INI MELALUI REGANGAN

apa itu sciatica

Sekiranya anda mempunyai berat badan berlebihan, selalu duduk sepanjang hari, selalu mengangkat barang berat anda ada risiko untuk alami kesakitan sciatica.

Sciatica merupakan kesakitan yang berlaku kepada bahagian anggota bawah tubuh badan dari pinggul sehingga ke kaki. Kesakitan ini berpunca daripada radang kepada saraf sciatica. Faktor utama berlakunya sciatica ialah apabila terdapat bonjolan pada rawan (Slipped disk) yang menyebabkan saraf ini dihimpit.

Gejala kesakitan sciatica

* Kebas/semut-semut pada bahagian kaki

* Sakit hanya pada sebelah kaki

* Hilang kekuatan untuk berjalan

* Kesakitan melampau sehingga tidak boleh berjalan

Senaman regangan berikut merupakan antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan kesakitan. Ada 9 posisi yang anda boleh cuba dan akan melegakan! Jom try!

apa itu sciatica

1.Posisi rama-rama

2.Posisi jambatan

3.Posisi kucing

4.Posisi lembu

5.Posisi ular senduk

6.Posisi gunung

7.Posisi gasing

8.Posisi merpati

9.Posisi segi tiga

*Bila dah buat, terus rasa ringan badan kan?

Sumber: Public Health

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×