Sihat

Bukan Semuanya Sama, Doktor Jelas Ada Beza Antara Serangan Jantung & Jantung Terhenti

3
SHARES
serangan jantung

Seperti yang kita sering dengar, penyakit jantung merupakan penyakit yang digeruni ramai kerana dikatakan sebagai pembunuh nombor satu negara! Baru-baru ini juga kita kehilangan seorang pelakon yang dikatakan akibat degupan jantung terhenti. Tetapi ramai dalam kalangan kita yang masih keliru adakah ini serangan jantung atau cardiac arrest?

Oleh itu, berikut merupakan penjelasan dari pakar mengenai perbezaan serangan jantung dan cardiac arrest yang anda kena tahu. Boleh buat langkah pencegahan dengan lebih awal.

Baca juga: Ubat Batuk & Selesema TAK BOLEH Bagi Untuk Anak Usia 2 Tahun Ke Bawah, Risiko Sawan!

JANTUNG TERHENTI BUKAN TANDA SERANGAN JANTUNG?

Hari ini kita dikejutkan dengan berita pemergian seorang pelakon yang disyaki terkena serangan jantung..Tahukah anda sebenarnya ada beza besar antara serangan jantung dan jantung terhenti?

Cardiac arrest (jantung terhenti) dan Heart attack (serangan jantung) adalah masalah jantung yang umum sering tertukar penggunaan terma kedua-dua terma tersebut. Heart Attack berbeza dengan Cardiac Arrest !

1.CARDIAC ARREST

serangan jantung

Cardiac Arrest adalah masalah jantung tiba-tiba berhenti mengepam darah walaupun jantung seseorang itu tidak mengalami saluran darah tersumbat. Cardiac Arrest adalah masalah sistem elektrik yang merangsang degupan jantung.

Jantung mempu­nyai sistem elektrik yang mengawal nadi dan irama denyutan jantung. Ia berfungsi untuk mengepam jantung secara teratur. SA node (Sino atrial node) adalah bahagian yang bertanggungjawab merangsang electrical pulse kepada jantung.

Jantung melalui SA Nodes ini akan menghasil impulse elektriknya sendiri untuk jantung berdegup. Bagaimanapun, apabila berlaku gangguan terhadap sistem elektrik jantung, ia menyebabkan denyutan jantung menjadi tidak seragam dikenali sebagai aritmia.

Gangguan aritmia ini menyebabkan jantung berdenyut dalam keadaan yang pelbagai sama ada terlalu cepat, perlahan mahupun tidak seragam. Ada aritmia yang menyebabkan jantung berhenti mengepam darah ke dalam badan sekali gus mengakibatkan berlakunya Cardiac Arrest.

Contoh aritmia jenis ini termasuk ventricular fibrillation (VF) atau pulseless ventricular tachycardia (VT). Darah akan berhenti mengalir ke otak dan organ lain yang penting sekali gus menyebabkan mangsa tidak mampu bernafas dan tidak sedarkan diri secara tiba-tiba.

2. HEART ATTACK 

Heart Attack pula terjadi apabila saluran darah yang membekalkan darah kepada jantung tersumbat dan tersekat.

Bekalan darah dan oksigen tidak sampai kepada sel-sel otot jantung, menyebabkan sel-sel otot jantung menjadi lemah.Jika tidak dirawat dengan cepat, sel-sel otot jantung yang tidak menerima oksigen akan mati. Apabila sel-sel otot jantung mati, lama-kelamaan jantung akan mengalami masalah untuk mengepam darah.

Seterusnya apabila sebahagian besar otot jantung mati, jantung akan kehilangan fungsi dan akan menyebabkan kematian. Pesakit Heart Attack, apabila berlaku serangan jantung akan mengadu sakit dada dan kesakitan mengalir ke bahu kiri atau leher dan jantung berdenyut laju.

Pesakit Heart Attack perlu direhat dan ditenangkan supaya jantung tidak terus berdegup kencang dan menaikkan tekanan darah pada saluran tersumbat. Kemudian bawa ke hospital untuk terapi trombolitik atau Percutaneous Coronany Intervention(PCI).

BEZA TANDA HEART ATTACK & CARDIAC ARREST

Pesakit Cardiac Arrest pula tidak ada tanda-tanda sakit, akan tak sedarkan diri tiba-tiba dan berhenti bernafas. Pesakit Cardiac Arrest perlu kepada CPR segera sebelum di bawa ke hospital. CPR yang betul akan membantu SA Nodes rangsang semula impulse elektrik pada jantung untuk berdegup semula. Lambat melakukan CPR mungkin menyebabkan kematian kerana jantung terhenti dan darah tidak di pam untuk membekalkan oksigen ke seluruh badan.

Punca Heart Attack kita semua tahu secara umum, bahawa ia berpunca daripada kolestrol yang berkumpul membeku dalam saluran darah pada jantung.

Manakala punca Cardiac Arrest ada banyak. Antaranya adalah kegagalan SA Node berfungsi. Antara lainnya adalah penyakit Arteri Koronari yang selalu menyebabkan kematian hampir 80% kes. Selebihnya adalah melibatkan obesiti, merokok dan fibrosis.

Kadang-kadang orang yang menyangka dirinya sihat dan tiada masalah jantung serta kolestrol tak tinggi tidak akan kena serangan jantung tapi mereka ada risiko boleh terkena Cardiac Arrest.

Risiko lebih tinggi dapat Cardiac Arrest sekiranya ada kalangan keluarga menghidapi sakit jantung atau meninggal di usia muda. Ia juga dipanggil ‘pembunuh senyap’.

Tabiat merokok, masalah obesiti, tidak bersenam, mempunyai masalah darah tinggi dan masalah buah pinggang adalah faktor penyebab Cardiac Arrest.

Nasihat saya:

1. Berhentilah merokok.

2. Ambil diet seimbang dan kawal berat badan.

3. Lakukan senaman sekurang-kurang 3 kali seminggu.

4. Buat pemeriksaan kesihatan setiap tahun.

5. Jangan lupa makan ubat dan dapatkan nasihat doktor.

Sumber: Twitter Dr. Ahmad Samhan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×