Sihat

Lelaki Pun Ada Buah Dada Macam Wanita Ke? Bukan Sebab Tak Fit, Rupanya Masalah Hormon!

24
SHARES
payudara lelaki

Anda pernah nampak tak ada dalam kalangan lelaki yang kelihatan seperti mempunyai payudara seakan wanita? Mungkin ada yang terkejut namun sebenarnya kaum lelaki pun boleh mempunyai payudara tau! Payudara lelaki ini sudah semestinya tidak terlalu menonjol seperti wanita, namun ramai dalam kalangan lelaki yang tidak suka jika ternampak bahagian ini dari luar apabila memakai baju. Tak fit lah!

Kenapa tertimbulnya payudara ini dalam kalangan lelaki? Rupa-rupanya ia ada kaitan dengan peningkatan hormon dalam kalangan lelaki yang mereka sendiri pun tidak sedar. Risau juga kalau ini merupakan tanda penyakit!

ALAMI MASALAH PAYUDARA LELAKI LEBIH ‘PADU’ DARI WANITA, RISAU!

payudara lelaki

Untuk pengetahuan anda, menurut Mayo Clinic, masalah payudara lelaki terlampau menonjol ini merupakan simptom Ginekomastia yang merupakan peningkatan dalam jumlah tisu kelenjar payudara lelaki.

Hal ini disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon estrogen dan testosteron. Ginekomastia boleh menjejaskan satu atau kedua-dua payudara dan mungkin juga kadangkala tidak sekata. Penyelidikan menunjukkan bahawa sehingga 65% lelaki dipercayai mengalami ginekomastia. Ramai juga!

Bukan itu sahaja, bayi yang baru lahir, kanak-kanak lelaki yang sudah akil baligh dan lelaki yang lebih dewasa mungkin mengalami ginekomastia akibat perubahan normal dalam tahap hormon, walaupun punca lain juga wujud. Secara amnya, ginekomastia bukanlah masalah yang serius, tetapi ia boleh menjadi sukar untuk diatasi. Lelaki dan kanak-kanak lelaki yang menghidap ginekomastia kadangkala mengalami kesakitan pada payudara mereka dan mungkin berasa malu.

APA TANDA-TANDA?

Kebanyakan lelaki dewasa yang mengalami ginekomastia tidak melaporkan sebarang gejala. Namun mungkin ada beberapa tanda dan gejala keadaan tersebut termasuk:

-Sakit, terutamanya untuk remaja

-Tisu payudara bengkak

Kelembutan payudara

-Sensitiviti puting yang terkena gosokkan pakaian

KENAPA BOLEH ADA PAYUDARA LELAKI?

payudara lelaki

Ginekomastia dicetuskan oleh penurunan jumlah testosteron hormon berbanding dengan estrogen. Penurunan boleh disebabkan oleh keadaan yang menghalang kesan testosteron, mengurangkan testosteron atau meningkatkan tahap estrogen anda.

1.Perubahan hormon secara semulajadi

Hormon testosteron dan estrogen mengawal ciri jantina pada lelaki dan wanita. Testosteron mengawal sifat lelaki, seperti ada otot dan bulu yang banyak badan. Estrogen pula mengawal sifat wanita, termasuk pertumbuhan payudara.

Kebanyakan orang menganggap hormon estrogen hanyalah terjadi pada wanita secara eksklusif, tetapi lelaki juga boleh menghasilkannya, walaupun biasanya dalam kuantiti yang kecil. Tahap estrogen lelaki yang terlalu tinggi atau tidak seimbang dengan tahap testosteron boleh menyebabkan ginekomastia.

2.Ubat-ubatan yang diambil

Mungkin anda ada mengambil atau menjalani proses rawatan di bawah:

-Anti-androgen digunakan untuk merawat pembesaran prostat, kanser prostat dan keadaan lain. Contohnya termasuk flutamide, finasteride (Proscar, Propecia) dan spironolactone (Aldactone, Carospir).

-Steroid anabolik dan androgen untuk merawat kekurangan hormon, kelewatan akil baligh, atau kehilangan otot akibat penyakit lain.

-Ubat AIDS. Sifat estrogen seperti beberapa ubat HIV boleh menyebabkan ginekomastia, terutamanya Efavirenz (Sustiva).

-Ubat ADHD yang mengandungi amfetamin, seperti Adderall.

Ubat anti-anxiety.

-Buat kimoterapi merawat kanser.

-Ubat jantung, seperti digoxin (Lanoxin) dan penyekat saluran kalsium.

-Ubat-ubatan yang mengosongkan perut, seperti metoclopramide (Reglan).

3.Kondisi kesihatan

-Penuaan. Perubahan hormon yang berlaku selari dengan proses penuaan boleh menyebabkan ginekomastia, terutamanya pada lelaki yang mempunyai berat badan berlebihan.

-Tumor. Sesetengah tumor, seperti yang melibatkan testis, kelenjar adrenal atau kelenjar pituitari, boleh menghasilkan hormon yang mengubah keseimbangan hormon lelaki dan wanita.

-Kegagalan buah pinggang. Kira-kira separuh pesakit yang dirawat dengan dialisis mengalami ginekomastia akibat perubahan hormon.

-Kegagalan hati dan sirosis. Perubahan dalam tahap hormon yang berkaitan dengan masalah hati dan ubat sirosis dikaitkan dengan ginekomastia.

4.Produk herba

Minyak tumbuhan, seperti pokok teh atau lavender, yang digunakan dalam syampu, sabun atau losyen telah dikaitkan dengan ginekomastia. Ini mungkin disebabkan oleh aktiviti estrogenik mereka yang lemah.

Macam mana cara nak cegah?

payudara lelaki

Terdapat beberapa faktor yang boleh anda kawal yang boleh mengurangkan risiko ginekomastia:

-Jangan gunakan dadah. Contohnya termasuk steroid anabolik, amfetamin, heroin dan ganja.

-Elakkan alkohol, jangan minum alkohol. Jika anda minum, lakukan secara sederhana. (bukan untuk orang Islam)

*Apa yang penting, untuk lelaki yang mempunyai payudara yang menonjol dari lelaki lain, seeloknya pakailah baju yang sedikit longgar ya. Risau dan pelik pula bila nampak bahagian payudara tersebut sedikit ketat. Tak handsome dah…

Sumber: Mayo Clinic, Medical News Today

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×