Cantik

Rupanya Ada Kaitan Fungsi Otak, Patutlah Perempuan Boleh Multitask Dari Lelaki!

9
SHARES
fungsi otak

Seringkali menjadi perdebatan dari zaman dahulu hingga kini, perbezaan personaliti antara wanita dan lelaki. Salah satu isunya adalah berkaitan dengan tahap ‘multitask’ jantina masing-masing. Pelik juga kenapa fungsi otak wanita sahaja yang dikatakan mampu untuk buat macam-macam kerja dalam satu masa tetapi tidak lelaki? Kaum lelaki kalau disuruh buat satu benda, satu benda itu sahaja yang dilakukan.

Rupa-rupanya, doktor merungkaikan persoalan ini dan ternyata ada kaitan dengan kajian sains mengenai otak lelaki dan wanita. Baru tahu!

FUNGSI OTAK BERBEZA, PATUTLAH PEREMPUAN BOLEH ‘MULTITASK’

fungsi otak

Kenapa orang perempuan boleh buat banyak kerja dalam satu masa? Orang perempuan ni sambil goreng ikan, boleh cuci pinggan, boleh kemas meja siap boleh basuh baju. Tapi lelaki kena buat satu kerja je, fokus. Lepas siap satu baru boleh buat satu lagi kerja.

Lelaki kalau buat banyak perkara dalam satu masa, jawabnya memang hancur kerja tu. Kalau bercakap pun begitu. Perempuan boleh bercakap banyak topik dalam satu masa. Kejap pasal anak, kejap pasal keluarga, kejap pasal tempat kerja, lompat balik pasal anak. Fuh!

Kalau lelaki kena cakap topik demi topik. Kalau buka topik kereta, sembang dulu sampai lumat. Tutup dulu hal kereta baru boleh bincang topik hal motor. Jangan lompat topik, nanti jadi stress!

Kenapa ini terjadi?

fungsi otak

Ini disebabkan perbezaan Corpus Callosum pada otak lelaki dan perempuan. Corpus callosum ialah tisu panjang penyambung otak kiri dan kanan.

Corpus Collasum lelaki lebih nipis berbanding wanita yang mempunyai ketebalan sebanyak 20%. Ketebalan Corpus Collasum wanita menjadikan perhubungan pantas kedua-dua belah otak dan dapat berfikir secara menyeluruh.

Transfer rate otak kiri dan kanan lagi cepat berbanding lelaki. Semua tajuk dapat difikir dan bicara dalam satu masa. Disebabkan itu perempuan power task-switching dan multi-tasking. Banyak lagi fakta menarik tentang perbezaan otak lelaki dan otak perempuan yang diceritakan dalam buku ini.

Sumber: Twitter @DrSamhan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×