Sihat

Bukan Wanita Dalam Pantang Je Pakai, Ini Manfaat Pakai Stoking Semasa Tidur Anda Pun Boleh Ikut

2
SHARES

“Panaslah takkan nak pakai stoking?”

Mungkin ramai dalam kalangan kita yang tidak peka dengan pemakaian stoking yang dianggap hanya sesuai dipakai ketika cuaca sejuk sahaja. Namun, tahukah anda bahawa pemakaian stoking ini sangat memberi manfaat kepada badan anda dari segi kesihatan perjalanan darah khususnya semasa tidur?

Baca juga: Nak Cantik Sanggup Sakit, Ini Bahaya Pemakaian Korset Ketat!

MANFAAT PAKAI STOKING SEMASA TIDUR

1.Memakai sarung kaki semasa tidur boleh membantu seseorang tidur lebih lena kerana kaki yang lebih sejuk menyempitkan saluran darah dan peredaran darah yang jauh lebih rendah.

2.Memakai sarung kaki meningkatkan aliran darah ke kaki dan kehilangan haba melalui kulit, yang membantu menurunkan suhu teras badan. Akibatnya, seseorang boleh tidur lebih cepat.

3.Pemanasan kaki menggunakan stoking semasa tidur dalam persekitaran yang sejuk didapati mempunyai kesan positif terhadap kualiti tidur. Ia dikaitkan dengan lebih mudah tidur, masa tidur yang dipanjangkan dan pengurangan tempoh terjaga semasa tidur.

PEMAKAIAN STOKIN TAK ADA KAITAN DENGAN ‘ANGIN MASUK’

Menurut perkongsian Public Health juga, jika cuaca panas anda tidak digalakkan untuk berstoking kerana akan menganggu keselesaan. Ini tidak bermakna tidak memakai stokin adalah tidak baik, ia bergantung pada keselesaan anda.

Pemakaian stoking langsung tiada kaitan dengan masalah seperti “angin masuk”, terutama bagi wanita yang baru melahirkan anak. Tidak perlu mengugut wanita untuk memakai stoking.

Pemakaian stoking ada juga keburukan, kepada siapa yang ada masalah jangkitan kulit, kali luka atau berkurap tidak perlu memakai stoking. Stoking yang kotor juga boleh menyebabkan jangkitan kulit dan bau busuk yang menggangu orang lain.

Sumber: Public Health

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×