Famili

Badan Suami Bengkak & Jantung Jangkitan Kuman, Isteri Rayu Sumbangan Untuk Terus Dapat Rawatan

2
SHARES
sakit jantung

Sakit jantung merupakan antara ‘pembunuh’ nombor satu di dunia. Serangan penyakit terhadap organ paling utama bagi manusia ini sangat digeruni sehingga ada yang mengalami bengkak air satu badan kerana jantung sudah tidak dapat berfungsi dengan normal.

Seperti kisah sayu dari seorang isteri di laman Tiktok ini yang mendapat perhatian ramai dan turut mengundang simpati dalam kalangan warganet apabila suaminya mengalami sakit jantung yang teruk. Tambah meruntun hati apabila bantuan dari segi kewangan diperlukan untuk mereka terus mendapatkan rawatan hospital..

Baca juga: Anak Hidap Kanser Tulang, Bapa Mohon Sumbangan Untuk Teruskan Kemoterapi

SUAMI SAKIT JANTUNG PERLU DIBEDAH, ISTERI SARAT HAMIL MOHON BANTUAN

sakit jantung

Saat sarat hamil dan perlu menjaga suami di hospital.

Menurut perkongsian di laman Tiktok yang dikenali sebagai Mama Lin ini, suaminya dimasukkan ke dalam wad hospital semasa dirinya sedang sarat hamil anak kedua iaitu lebih kurang 12 hari untuk sampai due date bersalin.  Pada bulan Mac baru-baru ini, doktor memberitahu bahawa injap suaminya sudah kena jangkitan kuman, dan menyebabkan jantung tak dapat pam dengan baik. Malah, air dalam badan tidak keluar melalui kencing tapi keluar dari rongga kulit.

“Mungkin air tersebut penuh dengan bisa yang menyebabkan kulit terkoyak”

Paling mengundang sayu adalah ketika suaminya masih berada di hospital untuk dirawat, Mama Lin mengalami air ketuban pecah pada jam 4 pagi di rumah dan tiada sesiapa yang ada bersamanya ketika itu. Namun, Allah hadirkan pertolongan apabila rakan suaminya menghulurkan bantuan untuk hantar ke hospital.

Bagi meneruskan lagi rawatan untuk jantung suami yang sudah tidak dapat beroperasi dengan baik, mereka masih memerlukan bantuan dari segi kewangan. Bila lihat keadaan kulit terkoyak di bahagian kaki, pedihnya tidak dapat dikawal!

“Kami masih menunggu tarikh operation, tapi keadaan jantung suami belum stabil untuk dibedah. Jadi suami masih dapatkan rawatan di hospital sehingga jantung sesuai untuk dibedah…”

Buat anda yang ingin menghulurkan bantuan, berikut merupakan nombor akaun suaminya untuk sesiapa yang sudi:

Maybank: 151128257702 (Syed Amirul Arif)
Nombor telefon: 0199899907 ( Lin )

sakit jantung

Kulit kaki terkoyak, pedih.

SUAMI BOLEH CUCI LUKA SENDIRI..

Pada minggu lepas, Mama Lin ada memuat naik video terbaharu keadaan suaminya. Menurutnya, bengkak kaki suami dah surut dan suami pun dah mula aktif semula serta boleh cuci luka sendiri. Namun, mereka masih perlukan dana untuk barang dressing (ubat cuci luka), memandangkan di kakinya masi ada luka dan sisa baki air.

Lantas, dia memohon jikalau ada yang nak derma barang dressing yang akan diterima seikhlas hati. Semoga diberikan kesembuhan kepada suami Mama Lin dan juga kekuatan kepada si isteri yang perlu menjaga anak kecil dan suami yang sakit ini.

Suami cuci luka sendiri.

@rslinabdllah dia sedih tengok kaki nye 🙁 tak habis dressing, sebab dah meraung sakit. #suamiku #heartdisease #sakitjantung #fyp ♬ Kesedihanku Begitu Dalam – Instrumen serba ada

Baca juga: Cara Buat Duit Online Guna Touch N Go, Duit Masuk Tanpa Perlu Buat Apa-Apa Pun!

Sumber: Tiktok @rslinabdllah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×