Sihat

Pasangan Sebelum Berkahwin Kena Tahu Apa Itu Penyakit Talasemia, WAJIB Buat Checkup!

2
SHARES
tanda talasemia

Mungkin anda pernah melihat iklan di dalam televisyen pada masa dahulu yang memaparkan kesedaran mengenai penyakit Talasemia khususnya sebelum berkahwin. Talasemia merupakan sejenis penyakit darah yang menyebabkan sel darah merah tidak dapat dihasilkan dengan normal. Penyakit ini akan menyebabkan tanda Talasemia tertentu seperti anemia yang teruk dan juga keletihan yang melampau.

Oleh itu, berikut merupakan penerangan dari pakar mengenai penyakit ini yang masih ramai tidak tahu. Perhatikan tanda-tanda yang perlu anda awasi dan dapatkan pemeriksaan pakar khususnya sebelum berkahwin.

Baca juga: Panik, Keluar Keputihan Banyak, Relaks Ambil 6 Makanan Ini, Confirm Hilang!

PATUTLAH SELALU RASA LETIH, RUPANYA ADA TANDA TALASEMIA!

tanda talasemia

Doktor, boleh terang kan berkaitan thalassemia?”

Ish boleh, apa tak boleh nya. Thalassemia adalah sejenis penyakit keturunan di mana jumlah hemoglobin lebih rendah dari normal (anemia). Ini terjadi kerana ketidak seimbangan rantaian globin alpha/beta.

Jenis-jenis thalassemia:

-alpha-thalassemia

-beta-thalassemia

-Juga dikenali dengan Transfusion Dependent Thalassemia (TDT) vs Non-transfusion Dependent Thalassemia (NTDT)

Simptom (bergantung pada severity):

-Cepat letih
Jantung berdebar
-Susah nafas
-Pengsan
-Pucat

Komplikasi :

-Osteoporosis
-Skeletal changes : eg facial deformities
-Hypogonadism
-Cholelithiasis (by ultrasound)
-Hypothyroidism
-Heart failure
-Diabetes mellitus
-Growth impairment

Diagnosis (blood test):

-FBC, PBF, iron studies
-Hb analysis + genetic study

Rawatan jika ada Talasemia:

1.Blood transfusion

2.Iron chelation therapy

3.Splenectomy

4.Allogeneic hematopoietic stem cell transplantation (HSCT)

5.Gene therapy

Kenapa thalassemia perlu dirawat?

tanda talasemia

Pesakit talassemia adalah sebaiknya mendapatkan rawatan di bawah seliaan hematologist. Kerana komplikasi dari penyakit ini agak merisaukan dan boleh merosakkan pelbagai organ eg jantung, pankreas, hati, tulang, reproduktif sistem.

MACAM MANA KALAU KEDUA-DUA PASANGAN ADA TALASEMIA?

Menjengah ke ruangan komen perkongsian doktor ini, ada yang turut bertanyakan bagaimana jika kedua-dua pasangan yang bakal berkahwin kelak merupakan pembawa Talasemia? Mesti ramai yang risau akan kesihatan anak yang bakal dilahirkan kelak bukan?

Salam Doktor, berkaitan dengan thalasemia jika kedua-dua pasangan adalah thals carrier, apakah solution terbaik untuk mendapatkan anak?

Wassalam. Pasangan perlu faham risiko yang akan terlibat dalam jangka masa panjang. Termasuk lah risiko untuk bakal zuriat.

Jika kedua-dua adalah carrier:

-25% risiko anak (major),
-50% risiko anak (carrier),
-25% risiko anak normal

*Jadi, buat pasangan yang bakal berkahwin nanti pastikan anda membuat ujian saringan terlebih dahulu untuk mengetahui kondisi kesihatan anda. Tak mahu bergaduh pula di kemudian hari…

Sumber: Twitter Dr Faiz Mashood

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×