Sihat

Penanda Aras Tahap Kesuburan Wanita, Kena Peka Bila Ada 5 Tanda Haid Tak Normal Ini!

12
SHARES
tanda haid tidak normal

Sebagai seorang wanita, mempunyai tempoh menstruasi atau haid yang normal merupakan tanda wanita sejati. Mana tidaknya, dengan mempunyai kitaran haid yang sihat dapat menandakan tahap kesuburan badan serta kesihatan dalaman wanita. Namun, ramai juga dalam kalangan wanita yang menyuarakan kerisauan apabila mengalami tanda haid tidak normal.

Risau juga kan? Oleh itu, kaum wanita perlu berwaspada dalam mengenali tanda-tanda haid anda yang tidak normal supaya boleh mendapatkan rawatan dari pakar dengan lebih lanjut supaya tak bergaduh dengan keluarga bakal mertua tentang siapa yang subur siapa yang tidak!

Baca juga: Tak Salah Perbaiki Sikit-Sikit, Ini Cara Solat Yang Betul Khususnya Untuk Kaum Wanita

5 TANDA HAID TIDAK NORMAL, KAUM WANITA KENA PEKA!

tanda haid tidak normal

Berikut merupakan tanda haid tidak normal yang anda kena awasi. Selama ini ingatkan semua ini hanyalah perkara biasa!

1.Tarikh menstruasi lambat

Pada peringkat awal, ini adalah merupakan tanda haid yang tidak normal anda perlu perhatikan. Peratusan untuk wanita mengalami kitaran haid yang normal adalah lebih ramai berbanding tidak normal iaitu kitaran sebanyak 28 hari. Namun, jika haid anda tiba-tiba terhenti atau terlewat, salah satu kemungkinan adalah kehamilan dan anda perlu membuat ujian.

Jika anda mendapati diri anda tidak hamil, punca lain yang menyebabkan kitaran haid menjadi lambat adalah, bersukan terlampau banyak, kenaikan berat badan, PCOS, stres atau pre-menopause.

2. Perdarahan Haid Yang Banyak

Jumlah darah haid bagi setiap wanita adalah berlainan, ada yang darah haid banyak dan ada juga yang sedikit. Tetapi, kalau setiap dua jam anda perlu menukar tuala wanita itu menunjukkan anda mengalami tanda haid yang terlampau banyak dan tidak normal. Lebih parah apabila, tanda-tanda ini juga ada kaitan dengan penyakit anemia iaitu anda akan mengalami kelelahan dan sesak nafas.

3. Haid terlalu sekejap atau terlalu lama

Tempoh haid wanita yang normal akan berlangsung selama dua hingga tujuh hari. Namun, jika terlampau singkat tempoh atau terlampau lama, ini merupakan tanda haid anda tidak normal. Mempunyai ketidakseimbangan hormon atau masalah fibroid mungkin menjadi punca anda alami tempoh haid yang tidak menentu.

4.Sakit payudara

Mempunyai rasa sengal dan sakit sedikit pada bahagian payudara wanita adalah normal jika berlaku pada awal tempoh haid. Namun, kalau perkara ini berlarutan dalam tempoh yang lama seterusnya makin sakit, ini adalah tidak normal. Kadang-kadang anda mungkin sakit di bahagian ketiak atau kawasan sekitar payudara yang dipanggil Tail of Spence. Dapatkan pemeriksaan pakar kalau anda sering sakit pada payudara setiap kali alami haid.

5.Diarrhea atau muntah

Selain dari sakit yang melampau, tanda haid tidak normal juga adalah anda mengalami diarrhea atau muntah. Sekitar 73% wanita akan mengalami gejala ini dan menanggap bahawa ia perkara normal. Jika anda mengalami gejala ini setiap hari sepanjang tempoh haid, anda berpotensi untuk mengalami dehidrasi dan menyebabkan rawatan segera perlu diambil.

tanda haid tidak normal

*Oleh itu, dapatkan rawatan dengan segera apabila bersembang dengan rakan-rakan sewanita, anda mendapati jenis haid anda berbeza. Pelik juga kalau dah 3 bulan tak datang haid, katanya hamil tetapi tak kahwin lagi? Risau ya…

Sumber: Halodoc

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×