40 Minggu

Wanita Kena Tahu Tanda Badan Tengah Subur Seperti Bunga, Ini Waktu Paling ‘Ngam’ Untuk Hamil!

8
SHARES
tanda wanita subur

Sudah pasti, setiap dalam kalangan wanita mengidam-idamkan supaya diri mereka mudah untuk hamil dan tidak perlu melalui sebarang proses yang sukar. Tidaklah asyik ditanya tentang soalan pedas “bila anda akan hamil” oleh makcik-makcik ketika berkunjung ke rumah saudara mara bukan? Tetapi amatlah penting untuk ketahui waktu atau tanda wanita subur supaya dapat mengenalpasti ciri-ciri yang diperlukan untuk mudah hamil.

Bukan itu sahaja, apabila anda tahu badan tengah mengalami waktu subur, inilah waktu yang sesuai untuk melakukan hubungan seksual bersama pasangan kerana peluang untuk hamil adalah tinggi! Jadi, jom kita tengok apakah tanda lain yang memberi ‘signal’ bahawa anda tengah subur ketika itu…

Baca juga: Sedapnya Air Tebu, Tapi Ibu Hamil Boleh Ke Minum? Ini Jawapan TEPAT Daripada Doktor!

PELUANG HAMIL TINGGI, INI TANDA WANITA SUBUR YANG ANDA KENA TAHU

tanda wanita subur

1.Waktu kitaran haid dan menstruasi teratur setiap bulan

Mempunyai kitaran haid yang tetap, walaupun anda tidak mengambil pil hormon, adalah petanda yang baik untuk memberi tanda bahawa anda subur. Menurut pakar juga, wanita dengan kitaran haid 28 (tambah atau tolak sehari atau dua) mungkin akan mudah hamil. Kitaran biasa sangat penting untuk membuktikan bahawa anda mempunyai ovulasi tetap – prasyarat yang paling kuat untuk menjadi subur.

Namun, jika anda ingin mengetahui lebih lanjut, berbincanglah dengan doktor anda, tetapi mempunyai kitaran tetap pastinya merupakan petanda yang baik.

2.Keluar cairan dari vagina atau keputihan berwarna jernih

Cecair atau lendir yang keluar dari vagina adalah berada pada tahap hampir kering kepada tiada, melekit, berkrim, berair, seakan-putih-telur, dan kemudian kembali kepada melekit atau kering. Sebaik sahaja anda tahu apa yang perlu dicari untuk menandakan badan anda tengah subur, anda boleh belajar untuk menjejaki perubahan ini dan meramalkan proses ovulasi.

Lendir yang berkualiti ini membantu sperma berenang-renang ke atas dan masuk ke dalam sistem pembiakan wanita dan biasanya menjadikan hubungan seksual lebih mudah dan memuaskan.

3.Boleh buatkan kawan wanita terkena ‘penularan’ haid

Mungkin ini adalah secara kebetulan atau mitos, tetapi ada juga yang mengatakan jika badan anda tengah subur untuk hamil dan sedang mengalami haid, anda mungkin akan menularkan haid ini kepada rakan-rakan terdekat. Maknanya, jika rakan yang berada dekat dengan anda masih belum datang haid dan berjumpa dengan anda, esok atau lusa dia pula yang akan datang haid.

Oh macam tu ya? Hal ini kerana, menurut kajian, badan yang tengah subur akan melepaskan hormon feromon yang kuat dan menyebabkan perkara ini berlaku.

4.Tanda wanita subur adalah darah haid tak banyak

Mungkin kitaran haid bagi setiap wanita adalah berbeza, namun kebarangkalian untuk anda hamil mungkin berkait rapat dengan jumlah darah haid yang keluar. Menurut pakar, wanita yang mengalami haid yang sangat berat dengan darah yang melimpah-ruah mungkin mempunyai fibroid yang boleh mengganggu implantasi embrio dan kehamilan.

Jadi, jika anda tidak pernah mengalami fibroid, atau haid yang sangat berat, anda mungkin lebih mudah hamil dan subur.

tanda wanita subur

5.Tak sakit pada bahagian pelvis

Walaupun terdapat beberapa keadaan kronik yang boleh menyebabkan ketidaksuburan, mempunyai sejarah jangkitan di bahagian pelvis mungkin menjadikan tahap kesuburan menurun dan proses kehamilan lebih sukar. Oleh sebab itu, jika anda tidak mengalami sebarang jangkitan pelvis, anda lebih berkemungkinan untuk mudah mengandung.

Jika anda mempunyai haid yang teratur, tidak pernah mengalami jangkitan pelvis, dan tahu bila waktu subur diri sendiri tetapi sukar untuk hamil, usia adalah satu-satunya faktor yang mengehadkan badan anda ke arah kesuburan yang normal.

6.Bentuk payudara dalam keadaan baik

Perasan atau tidak setiap bulan payudara anda akan berasa sakit dan rasa berat secara keseluruhan. Ini disebabkan oleh peningkatan hormon progesteron, yang dihasilkan oleh badan sejurus selepas ovulasi. Oleh itu, walaupun payudara yang sakit tidak dapat meramalkan bila anda akan berovulasi,ini mungkin memberi petunjuk kepada anda bahawa ia tanda kesuburan yang meyakinkan.

7.Deria bau semakin kuat tanda wanita subur

Pantang bau busuk atau wangi sikit dah boleh dihidu dari jauh! Kalau anda perasan, jika anda mempunyai situasi apabila terlampau sensitif dengan deria bau ini menandakan bahawa tanda kesuburan berada pada tahap maksima! Deria bau yang tajam ini juga tertumpu kepada bau lelaki seperti androsterone.

Waktu inilah yang menjadikan anda sedikit agresif kepada pasangan dan melakukan hubungan seksual yang lebih berkualiti.

*Tips orang dulu-dulu katanya nak tengok wanita subur adalah tengok tumit kaki berwarna kemerah-merahan, betul ke?

Sumber: TheBump.com, IdAsianParent

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×