Semenjak masuknya bulan Ramadan, ramai dalam kalangan kita mencari-cari juadah dan minuman yang sudah lama tidak dijamah kerana sukar untuk ditemui. Salah satunya adalah air tebu yang agak sukar untuk dijual pada kebiasaan hari namun tidak ketika bulan Ramadan. Buat ibu hamil yang berpuasa atau tidak, anda mesti tertanya-tanya sama ada bolehkah wanita hamil minum air tebu?
Terliur pula rasa air tebu yang sejuk di tekak bukan? Jadi, bagi menjawab persoalan ini, Dr.Zubaidi Hj Ahmad yang merupakan pakar sakit puan menjelaskan sama ada air tebu ini selamat atau tidak diminum khususnya buat ibu hamil.
BOLEHKAH WANITA HAMIL MINUM AIR TEBU?
Wanita yang hamil tidak digalakkan minum air tebu atas faktor kebersihan dan tahap gula yang tinggi. Selalunya batang tebu dihimpunkan dan disimpan di satu tempat. Kita bimbang ada haiwan seperti tikus yang makan dan kencing di situ.
Jika tebu tidak dibersihkan dengan sempurna sebelum diperah menggunakan mesin, bimbang ia menjadi punca jangkitan kuman terutama penyakit yang berkaitan kencing tikus.
Jadi pastikan air tebu yang diminum, datang dari sumber yang bersih (dibersihkan dulu dengan sempurna oleh penjual). Jika ia bersih, tiada masalah untuk meminumnya. Bagi wanita yang ada masalah diabetes atau diabetes setelah hamil (GDM), perlu berhati-hati kerana nilai kalorinya yang agak tinggi.
Kandungan karbohidrat air tebu dalam 100ml adalah 73g dan nilai kalorinya 269 kcal. Ia pasti meningkatkan gula dalam darah. Jika teringin minum, boleh ambil segelas kecil air tebu yang diperah lemon atau limau. Tapi, tidak boleh selalu mengamalkannya.
Wanita hamil mempunyai sistem daya tahan yang lebih rendah berbanding dengan wanita yang tidak hamil. Mereka lebih mudah mendapat penyakit berjangkit, jadi berhati-hati mengambil makanan atau minuman yang yang tidak dimasak. Namun, untuk anda yang tidak hamil, ada beberapa khasiat minum air tebu seperti:
1) MELAMBATKAN PROSES PENUAAN
Kaum wanita sangatlah takut bila rupa atau muka nampak tua daripada umur kan ? Sebab itu, digalakkan minum air tebu tetapi jangan kerap ye kerana komponen-komponen yang terdapat dalam air tebu membantu melembapkan kuit, mencerahkan kulit, memperbaiki penampilan kulit dan mengurangkan tanda penuaan.
2) MENGUATKAN TULANG
Sedia maklum kalsium, zat besi, magnesium boleh menguatkan tulang kita. Dalam air tebu pun ada tau semua sumber mineral tu. Manisnya yang semulajadi tu membantu menguatkan tulang walaupun usia semakin meningkat.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Dr.Zubaidi Hj. Ahmad