Nur

Tak Salah Perbaiki Sikit-Sikit, Ini Cara Solat Yang Betul Khususnya Untuk Kaum Wanita

85
SHARES
cara solat yang betul

Solat merupakan tiang agama khususnya bagi semua orang Islam. Jika baik anda menunaikan solat maka baik jugalah perjalanan hidup yang diatukan oleh Allah SWT. Namun, perlu kita sedar bahawa dari masa ke semasa kita masih perlu memperbaiki cara kita menunaikan solat kerana khuatir ada kesalahan. Dengan cara solat yang betul barulah kita akan memperoleh keberkatan dan diterima ibadah yang dilakukan.

Khususnya buat kaum wanita, berikut merupakan cara solat yang betul untuk anda amalkan. Buat yang baru sahaja mempelajari cara yang betul untuk solat, jangan risau dan masih tidak lagi terlambat. Sesungguhnya orang yang sentiasa belajar untuk memperbaiki diri sendiri amatlah disayangi oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW.

Baca juga: 11 Perkara Yang Boleh Membatalkan Solat, Terutama No. 5 Itu Dilaknat Allah SWT!

CARA SOLAT YANG BETUL KHAS UNTUK WANITA

Baiki cara solat khas untuk perempuan. Ingatlah. Pertama sekali yang akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Kaum lelaki tolong forwardkan pada kawan-kawan perempuan anda dan isteri.

Ilmu yang terlalu bernilai, rugi kalau tak dikongsi bersama. Topik adalah mengenai adab-adab solat. Bila pergi solat di tempat awam, lihat macam-macam gaya orang dirikan solat, baru kini timbul kesedaran untuk kongsi cara betul solat bagi muslimah agar solat kita berkualiti.

Bagaimana solat yang tidak berkualiti diterima Allah. Umur dah lanjut macam ni pun solat masih di peringkat mediocre, itu pun kalau boleh dikategorikan begitu. Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat, kita dicadangkan mengambil masa 2 minit untuk “menyediakan diri” sebelum menghadap Yang Esa. Dua perkara yang elok dilakukan sebelum berniat untuk solat sewaktu kita berdiri tegak sebelum lafaz niat:

1. Minit pertama – Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dalam diri kita.

cara solat yang betul

Kenangkan kembali dosa-dosa kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah-olah tak layak untuk diberi peluang menghadap yang Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesallah.

2. Minit kedua – Membangkitkan rasa BERTUHAN.

Betapa kita diciptakan oleh Yang Esa untuk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sebagai seorang Islam, mempunyai Tuhan yang begitu menyayangi hamba-hambanya yang hina ini lebih daripada seorang ibu menyayangi anaknya.

Setelah dilakukan kedua-dua perkara ni, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dalam keadaan berdiri tegak, bukan sambil membetul-betulkan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus. Setelah bertakbir, mulakan solat dengan penuh adab dan sopan, sesuai dengan keperibadian kita sebagai wanita dan selayak-layaknya adab untuk menghadap Tuhan.

cara solat yang betul

1) Mengangkat takbir – ada 3 cara mengangkat takbir :

i. Meletakkan kedua-dua ibu jari di bawah cuping telinga
ii. Meletakkan kedua-dua jari telunjuk di bawah cuping telinga
iii. Mengangkatkedua-dua tangan sehingga ke paras dada (bukan telinga).

Perlu diingatkan, kedua-dua lengan hendaklah dirapatkan ke badan. Syaitan-syaitan yang berupa kambing hitam gemar bergayut-gayut dicelah lengan (bawah ketiak) untuk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya kedua-dua lengan dirapatkan, tiada ruang untuk mereka.

2) Qiyyam – Cara qiyyam yang betul ialah memposisikan tangan kiri ke atas sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah-olah menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tangan kiri agak-agak selesa. Pastikan kedua-dua lengan adalah rapat mendekati badan.

3) Rukuk – Peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dengan penuh tertib dan sopan. Kedua-dua tangan melurut peha dengan perlahan dan berhenti di atas lutut. Pastikan badan kita di dalam posisi sudut tepat (90 darjah). Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.

cara solat yang betul

4) ‘Iktidal – Tegakkan badan semasa membaca “Sami Allahuliman hamidah…” dan mengangkat tangan posisi takbir ketika membaca “rabbanaa lakal hamdu”

5) Sujud – Sujud dari segi istilah ialah “penyerahan diri yang tertinggi”. Tertib sujud ialah dengan meletakkan kedua-dua lutut ke lantai, baru diikuti tapak tangan dan seterusnya dahi. Kedua-dua tangan dirapatkan di bahagian bawah sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit ruang terbuka di antara kedua-dua tangan dan di situlah dahi diletakkan. Jangan sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yang 7 iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut and kedua belah kaki (setakat jari shj). Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.

cara solat yang betul

6) Duduk antara 2 sujud – ada 2 cara:

i. Papan punggung diletakkan di atas kedua-dua kaki
ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.

7) Bangun selepas sujud – duduk sebentar sebelum bangun, bukan dalam keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan untuk bangun, gunalah tangan kanan untuk membantu kita bangun atau kedua-dua tangan. Tahiyyat – mengangkat telunjuk pada ketika menyebut “….illallahh.” ( “laa ilaa ha ILLALLAH”) Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam.

8) Salam – Tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah.Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.

9) Berdoa sesudah solat – seelok-eloknya duduk ialah dengan melapikkan papan punggung dengan kedua-dua kaki. Tangan diangkat separas dada dan berdoalah dalam keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dengan tangan yang tinggi dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap Yang Esa.

Perlu diingatkan bahawa kain yang digunakan untuk solat juga perlu menepati ciri-ciri yang tertentu. Antaranya:

1) Tidak jarang. Rata-rata kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya kita memakai kain yang jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit, maka solat kita tidak sah. Seelok-eloknya carilah kain telekung yang tidak jarang (antara caranya ialah dengan menggunakan 2 lapis kain).

Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dalam dan pastikan sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dengan berbaju sleeveless di dalam telekung, pastikan bahu dan tangan tidak kelihatan warna kulit jika diamati dari luar telekung.

2) Kadang-kadang sewaktu musafir, ada muslimah yang malas membawa kain solat, sekadar membawa telekung sahaja.
Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan sahaja digunakan dan bagi menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi pastikan stokin yang dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat kita ketika itu lalu tidak sahlah solat. Sebaik-baiknya pakai stokin yg tebal (stokin yang lazim dipakai ketika bersukan) ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.

3) Ada kain telekung yang indah bersulam dan berkerawang. Ada yg berlubang-lubang sehingga di belakang telekung. Adakalanya, bagi mereka yang rambut panjang, jika tidak ditutup betul-betul dengan serkup/anak telekung, rambut-rambut ini akan terkeluar di celah-celah kerawang telekung. Oleh itu, berhati-hatilah. Sama-samalah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama.

Pertama sekali yang akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solat yang baik akan melahirkan peribadi yang baik. Saya akui, terasa agak berat. Yang penting, saya mencuba seboleh-bolehnya untuk mendapatkan solat yang diterima Allah, walaupun dari segi khusyuk solat, saya masih merangkak. Yang penting, kita kena ingat, inilah sebahagian persediaan kita utk akhirat, jadi biarlah berbaloi.

Jangan pula nanti kita dihisab pula kerana solat yang tak sempurna. ‘Biar susah sekarang, jangan susah di alam baqa’. Dari Abdullah bin Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..”

Sumber: Makan Sedap Johor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×