Nur

[VIDEO] Panduan Lengkap Cara Dukung Bayi Ketika Solat, Tapi Pastikan Ikut 4 Syarat INI

1
SHARES
cara dukung anak

Sudah pasti ramai dalam kalangan ibu bapa yang berdepan dengan situasi anak menangis, meraung dan bertindak untuk memanjat badan kita semasa solat kerana mahu didukung bukan? Lantas, kita mula tercari cara dukung bayi ketika menunaikan solat supaya anak tidak rasa ditinggalkan.

Malah, bila mak ayah yang ada anak kecil ini sudah tahu cara untuk solat sambil mendukung bayi, anda boleh solat dengan aman di mana-mana sahaja. Tak perlu lagi rasa segan terutamanya bila anak menangis di surau awam atau masjid.

Baca juga: Tular Katanya Lafaz Niat Solat Kena Ada ‘Fardu’ Baru Sah? Jangan Gelabah, Ini Penjelasannya…

CARA DUKUNG BAYI KETIKA SOLAT, MUDAH BILA KEADAAN TERDESAK

cara dukung bayi

1. Seelok-eloknya, bersihkan bayi yang akan didukung daripada sebarang najis terlebih dahulu. Tukar lampinnya dan carilah pakaian yang bersih supaya ia tidak menjadikan kita was-was ketika sedang solat nanti.

2. Memulakan niat solat seperti biasa sambil mendukung bayi.

3. Sewaktu takbiratul ihram, kedua-dua tangan tidak perlu diangkat dan tidak perlu diletak di atas pusat sekiranya kedua-dua tangan sedang mendukung bayi. Ini kerana, takbiratul ihram termasuk dalam rukun qauli (bacaan/lafaz) dan bukannya fi’li (perbuatan).

4. Baca Al-Fatihah seperti biasa dan surah pilihan jika keadaan mengizinkan.

5. Rukuk dengan tangan memegang erat bayi tersebut. Tidak perlu meletakkan kedua-dua tangan di atas lutut sekiranya ia di luar kemampuan anda yang sedang mendukung bayi.

6. Ketika mahu sujud, letakkan bayi di sebelah dan sujud seperti biasa. Selesai sujud kedua, dukunglah bayi semula sebelum memulakan rakaat seterusnya

7. Ulangi langkah yang sama sehingga selesai kesemua rakaat.

PASTIKAN IKUT SYARAT INI..

cara dukung bayi

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abi Qatadah Al-Ansari R.anh beliau berkata:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم كَانَ يُصَلِّي وَهْوَ حَامِلٌ أُمَامَةَ بِنْتَ زَيْنَبَ بِنْتِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم وَلأَبِي الْعَاصِ بْنِ رَبِيعَةَ بْنِ عَبْدِ شَمْسٍ، فَإِذَا سَجَدَ وَضَعَهَا، وَإِذَا قَامَ حَمَلَهَا

Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah S.A.W pernah menunaikan solat dalam keadaan baginda memikul/mendukung Umamah Binti Zainab Binti Rasulillah S.A.W, dan dia merupakan anak kepada Abu Al-‘Ash bin Rabi’ah bin ‘Abd Syams. Apabila baginda sujud, baginda meletakkannya. Dan apabila baginda berdiri, baginda mendukungnya- Riwayat Al-Bukhari .

Berdasarkan hadis yang telah disebutkan, jelas menunjukkan bahawa Rasulullah S.A.W memang pernah melakukan solat sambil memikul kanak-kanak. Namun, menurut JAKIM, ia juga dibenarkan untuk solat fardu atau sunat, dengan syarat-syarat berikut:

1. Bayi tersebut mestilah bebas daripada najis. Pastikan anda sudah menukar lampin bayi sebelum mula solat.

2. Mengawal pergerakan supaya tidak melakukan pergerakan anggota besar sebanyak tiga kali berturut-turut. Pergerakan lain juga perlu diminimakan sebaik mungkin supaya tidak menghilangkan khusyu’.

3. Memastikan dada sentiasa menghadap kiblat.

4. Melakukannya hanya dalam keadaan yang benar-benar memerlukan. JAKIM menegaskan bahawa adalah lebih baik sekiranya dapat memberi seseorang menjagakan anak semasa kita sedang solat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SoulDigest (@souldigested)

*Semoga bermanfaat!

Baca juga: Bancuh Air Untuk Suami Tersayang Jangan ‘Kosong’, Selit Doa-Doa Ini Supaya Abang Sentiasa Cinta!

Sumber: Mufti Wilayah PersekutuanInstagram @souldigested

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×