Baru-baru rakyat Malaysia digemparkan dengan berita terbongkarnya kumpulan ajaran sesat dari GISBH yang melibatkan isu agama dan jenayah seksual. Nampaknya, dalam dunia yang penuh moden ini masih wujud lagi kumpulan ajaran sesat agama yang disangkakan telah lupus kerana masih ramai tidak peka dengan ciri ajaran sesat yang dipandukan.
Ya benar, ramai dalam kalangan individu yang tiba-tiba muncul sebagai ‘ustaz’, ‘ustazah’ dan ‘ahli ulama’ namun awas, jangan terlampau taksub dengan setiap ajaran kerana anda perlu semak terlebih dahulu supaya terhindar dari ajaran sesat!
Baca juga: Rasulullah SAW Larang Kita Berkumpul Atau Bual Kosong Selepas Waktu Isyak
MACAM MANA NAK TAHU AJARAN AGAMA ITU ADA CIRI AJARAN SESAT?
Tahukah anda, empat sifat wajib bagi Nabi, adalah:
1.Sidik
2.Amanah
3.Fatonah
4.Tabligh
Jadi tolong beri tumpuan kepada 4 perkara yang mana ianya adalah sifat wajib bagi Nabi yang mana apabila mana mana fahaman, parti, kumpulan, pertubuhan, sindiket dan gerakan so called Islamic yang mengabaikan 4 perkara ini, maka mereka adalah sesat lagi menyesatkan. Mari kita tafsirkan empat sifat ini.
1. Sidik
Sidik bermaksud kebenaran, dan hati merupakan Raja kebenaran, kata Nabi, jika hati baik, maka akan benarlah semua perbuatan,dan jika hati jahat, maka jahatlah akan semua perbuatan. Hati Nabi dicuci waktu kecil untuk disediakan dengan kebenaran, dan apabila Nabi berhijrah, perkara pertama Nabi buat adalah masjid yang dibina atas sifat Takwa, yang mana Takwa tempatnya hati.
Maka fahamlah kita, Masjid adalah jantung hati umat Islam. Sekaligus menjadi pusat kehidupan umat Islam. Jadi.. tanda pertama kita berada di jalan yang benar, adalah hati kita terpaut pada masjid! Kerana masjid merupakan HATI AGAMA. Maka ajaran yang tidak sesat, mereka berpusat di Masjid, bukan dalam gua, dalam hotel, tepi pantai, yang menjauhkan dari HATI AGAMA yakni masjid.
2. Amanah
Amanah bermaksud bertanggungjawab, dan dalam sejarah Islam, amanah paling besar adalah solat lima waktu yang Nabi dapat terus dari Allah dalam peristiwa Israk Mikraj, perintah lain Nabi dapat melalui wahyu malaikat Jibril, namun amanah Solat, Nabi sendiri naik ke langit untuk dapatkan,
Maka solat menjadi ibadat utama dalam hidup orang islam, ibadat pertama akan dihisab di akhirat. Maka tanda kedua kita berada di jalan yang benar, adalah kita menjaga solat setiap hari kerana solat adalah TIANG AGAMA. Maka ajaran yang tidak sesat, mereka jaga solat berjemaah, solat lengah lengah, solat pakai niat, apatah lagi tak solat?! Memang sesat yang nyata!
3. Fatonah
Fatonah bermaksud bijaksana, dan Nabi bersabda orang bijak sentiasa ingat mati, maka perkataan bijaksana jika ditafsir maksudnya, adalah perbuatan kita di dunia yang akan untungkan akhirat di sana, maka BIJAKSANA adalah bila setiap amalan tidak harap upah dunia, hanya harap ganjaran di Akhirat, itulah IKHLAS, yang merupakan petanda kebenaran. Sungguh ada ayat Al quran cerita kisah Nabi tolak upah dalam berdakwah, harap hanya pada Allah.
Maka tanda ketiga kita berada di jalan yang benar, adalah kita tidak mahu ganjaran dunia dan harap hanya pada janji Allah di akhirat dalam GANJARAN AGAMA. Maka ajaran yang tidak sesat, mereka tak minta duit, atau jual meja bersama tok guru, atau ganti solat dengan duit, kenakan upah yang mahal, atau wajibkan bayaran yuran. Mereka ajak kerana Allah, dan upah ambil di akhirat.
4. Tabligh
Tabligh bermaksud menyampaikan. Semua Nabi berdakwah, keluar cari umat, maka tanda keempat berada di jalan yang benar adalah ada kerja dakwah yang mirip macam Nabi, kerana dakwah tabligh adalah TULANG BELAKANG AGAMA, pergi pintu ke pintu, lorong ke lorong, hati ke hati, bercakap dengan kasih sayang, hikmah, dan ajak hanya kepada Allah tanpa burukkan sesiapa, Alhamdulillah..
TOK GURU KEGEMARAN KITA KENA ADA SIFAT MACAM NABI
Jadi tuan tuan puan puan sekalian, jika kita nak cari jalan yang benar, pastikan tok guru kita, ustaz pilihan kita, ulama kegemaran kita, ada empat sifat wajib bagi Nabi:
1. HATI AGAMA- Pastikan pusat Gerakan mereka di masjid, bukan dalam gua, bukan dalam hutan, bukan tengah laut, bukan!
2. TIANG AGAMA- Pastikan tok guru kita itu jaga solat lima waktu, jika solat pakai niat, solat kat rumah, solat lengah lengah
3. GANJARAN AGAMA- Pastikan Tok guru kamu Tidak meminta upah
4. TULANG BELAKANG AGAMA- Pastikan tok guru korang berdakwah macam Nabi, kalau boleh berdakwah dari pintu ke pintu macam zaman nabi
Akhir kata, macam mana nak tapis ajaran sesat? Cuba check..
-JIKA AKTIVITI MEREKA BUKAN DI MASJID (Tidak SIdik)
-JIKA MENGABAIKAN SOLAT JEMAAH (Tidak Amanah)
-JIKA MEREKAMINTAK UPAH (Tidak Fatonah)
-JIKA BERDAKWAH SHOK SENDIRI (Tidak Tabligh)
*Kalau beginilah kriteria yang ada, maka mereka adalah sesat dan menyesatkan! Minta simpang dijauhkan…
Baca juga: Ustaz Kongsi Tanda Rumah Ada Hantu Raya Yang Anda Tak Sedar, Nombor 8 Meremang!
Sumber: Hamka