Nur

Kanak-Kanak GISBH Berdepan Risiko Diisyhtihar Anak Wati’ Syubhah, Tak Sangka Jadi Begini!

11
SHARES
wati syubhah

Dalam teks Khutbah Solat Jumaat (27 September 2024) yang dikongsikan oleh saudara Fedtri Yahya yang merupakan personaliti televisyen popular di laman X miliknya, memaparkan isu iktiraf anak-anak GISBH sebagai anak wati syubhah. Kes ini masih lagi menjadi perbualan ramai kerana ajaran sesat ini makin luas terbongkar.

Intipati khutbah solat Jumaat mengatakan bahawa sebahagian kanak-kanak penghuni rumah amal dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), berdepan risiko diisytihar anak wati’ syubhah, iaitu anak yang lahir daripada persetubuhan tidak sah.

Baca juga: Cara Kenalpasti Ajaran Ustaz/Ustazah Anda Ada Ciri Sesat Atau Tak, AWAS..Pusat Gerakan Bukan Di Gua!

KANAK-KANAK GISBH BERDEPAN RISIKO DIISYHTIHAR ANAK WATI SYUBHAH

wati syubhah

Foto semasa operasi menyelamat kanak-kanak di GISB.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Musa Awang berkata dalam undang-undang syariah khususnya melalui Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan 1984 menetapkan bahawa, pengiktirafan nasab seseorang anak bergantung kepada status pernikahan ibu dan bapa.

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, anak wati syubhah bermaksud anak yang dilahirkan akibat persetubuhan yang berlaku bukan dalam perkahwinan yang sah akibat keraguan tertentu.. Pada asalnya anak yang dilahirkan bukan daripada perkahwinan yang sah, seperti zina, tidak boleh dinasabkan kepada bapa biologinya. Ini berdasarkan hadis Abu Hurairah RA, sabda Rasulullah SAW:

الْوَلَدُ لِلْفِرَاشِ وَلِلْعَاهِرِ الْحَجَرُ

Maksudnya: (Nasab) seorang anak itu berdasarkan firasy (nikah dan perhambaan), dan bagi penzina itu hukuman rejam (atau kehinaan; tidak boleh menasabkan).”- Riwayat al-Bukhari (no. 6818)

Namun para ulama menyatakan bahawa jika seorang anak itu lahir daripada persetubuhan yang syubhah, ia dikira sama seperti hukum nikah fasid, yakni dinasabkan kepada bapa biologinya.

Syeikh Muhammad al-Zuhaili menyebut:

“Disyaratkan pada iqrar dengan nasab hendaklah tidak anak yang ingin dinasabkan itu anak zina, seperti orang yang berikrar itu menyatakan secara sarih bahawa anak itu adalah anak zina. Justeru sekiranya diberikan bukti yang boleh dianggap sebagai sebab yang Syarie daripada firasy (hubungan perkahwinan atau perhambaan) yang sahih, atau nikah (persetubuhan) yang syubhah, atau nikah yang fasid, sah iqrarnya… Apabila syarat-syarat dipenuhi dan sabit nasab itu, maka berlakukan kesan-kesan Syarie yang sempurna seperti warisan, nafkah, dan al-hurmah (hukum haram berkahwin)”

Contoh-contoh keraguan itu seperti:

1.Seorang lelaki bersetubuh dengan seorang wanita yang disangkakan isterinya, dalam keadaan gelap contohnya. Apabila keadaan terang, didapati bahawa itu bukan isterinya. Begitu juga wanita tersebut menyangka itu suaminya.

2.Seorang lelaki bersetubuh dengan seorang wanita yang dikahwini berdasarkan akad yang rosak di sisi mazhab Syafie tetapi tidak dalam mazhab lain seperti nikah tanpa wali yang sah dalam mazhab Hanafi, nikah tanpa saksi-saksi yang sah dalam mazhab Maliki, dan nikah mut’ah kerana ada pendapat Ibn Abbas yang menerimanya.- Rujuk al-Mu`tamad fi al-Fiqh al-Syafie (5/154-155 & 498-499)

STATUS NASAB SAMAR…

wati syubhah

Berkenaan dengan kes kanak-kanak GISBH ini, cabaran paling sukar adalah untuk menentukan status pernikahan ibu bapa mereka termasuk usaha mengemukakan bukti dokumen serta memanggil saksi semasa akad nikah dilakukan. Menurut Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Musa Awang:

“Mungkin ada saksi, mungkin tiada saksi, atau mungkin saksi sudah meninggal dunia atau tidak dapat dikesan. Apabila ini berlaku, sesuatu perkahwinan itu boleh dianggap tidak sah, menyebabkan anak tersebut diisytiharkan sebagai anak wati’ syubhah.

“Sebab itu penting untuk ibu atau bapanya tampil ke hadapan pihak berkuasa untuk mengakui kesahihan nasab anaknya,” katanya.

*Sangat merumitkan dan kasihan kepada anak-anak ini adalah tanpa penentuan status itu juga, pastinya akan menyukarkan kanak-kanak berkenaan untuk mendapatkan hak keperluan asasi seperti pendidikan, kesihatan dan kewarganegaraan.

Baca juga: Anak Tak Sah Taraf Diberi Bin/Binti Bukan Abdullah Tapi Guna 99 Nama Allah, Boleh Ke?

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan, Fedtri Yahya

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×