Asuh

Rujuk Jadual Pengajian INI Untuk Mak Ayah Yang Tekad Hantar Anak Sekolah Tahfiz

6
SHARES
sekolah tahfiz

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM 2023) baru-baru ini menunjukkan pencapaian membanggakan dari semua pelajar khususnya pelajar sekolah aliran agama. Disebabkan inilah makin ramai dalam kalangan ibu bapa yang tercari-cari cara untuk menghantar anak ke sekolah agama dan sekolah tahfiz.

Tapi, bila anak masuk sekolah tahfiz sudah semestinya ajaran utama adalah menghafaz 30 juzuk Al-Quran dan tiada ajaran akademik lain. Lantas, ada juga ibu bapa yang bergaduh sesama sendiri kerana tidak setuju untuk hantar anak ke sana. Macam mana nak buat?

Baca juga: 7 Tragedi Culik dan Bunuh Kanak-Kanak Pernah Menggemparkan Malaysia, Sebak..

NAK HANTAR ANAK SEKOLAH TAHFIZ TAPI PASANGAN TAK SETUJU? INI APA ANDA KENA BUAT

sekolah tahfiz

Foto: Berita Harian

Seorang ibu berkongsikan tips dan pelan pendidikan kepada suaminya yang kurang bersetuju untuk hantar anak ke sekolah tahfiz. InsyaAllah kalau ilmu Al-Quran berada di dadanya, apa sahaja yang dilakukan pasti berjaya!

Ramai tanya saya, apa nak buat bila kita berminat sangat nak masukkan anak ke full tahfiz tapi masalahnya keluarga tak setuju. Lagi lah bila yang tak setuju tu adalah si suami. Macan mana nak yakinkan mereka? Caranya, kita “bentangkan” Pelan Pendidikan anak dari umur sekarang hingga umur anak keluar dari universiti supaya mereka tahu yang masuk ke madrasah full tahfiz tak bermakna anak tak ada masa depan yang lebih cemerlang dalam kerjayanya. Malah dia boleh jadi lebih baik dari orang lain sebab di dadanya ada 30 juzuk Al Quran. InsyaAllah.

Sebab apa lebih baik? Sebab, kalau nanti dia jadi engineer, dia engineer yang hafiz. Kalau doktor, doktor yang hafiz. Kalau lawyer, kaunselor, pakar ekonomi…juga yang ada title Al Hafiz. Tapi ini bukan title Al Hafiz yang biasa-biasa. Ini Al Hafiz yang HAFAZ 30 juzuk dan INGAT 30 juzuk. Al Hafiz jenis ini kebiasaannya mampu dilahirkan di madrasah-madrasah full tahfiz yang tiada akademik. Baiklah. Apa yang perlu dibentang pada mereka?

PELAN PENDIDIKAN ANAK

▪️Umur 4 hingga 6 tahun

Anak mula diajar Al-Quran bermula dari Iqra. Sebaiknya ibu ayah ajar sendiri di rumah supaya anak cepat khatam. Usahakan anak khatam Al Quran seawal 6 tahun supaya semasa di darjah 1 anak sudah boleh mula diajar menghafal juzuk 30 dengan hukum bacaan yang betul. Dari segi pemilihan tadika, pilih yang ada sistem cepat membaca supaya anak dah kuasai 3M bila naik ke darjah 1 nanti.

▪️Umur 7 – 10

Daftarkan anak di sekolah integrasi tahfiz supaya pergaulannya lebih terjaga. Integrasi Tahfiz ialah sekolah yang ada subjek Hafazan. Jika kawasan kita tiada sekolah integrasi, boleh daftarkan di sekolah kerajaaan biasa. Cuma pemantauan ibu bapa kena lebih dari segi pemakaian, pergaulan anak dan aktiviti sekolah yang anak boleh dan tak boleh sertai.

▪️Umur 11 hingga 15

Daftar ke madrasah full tahfiz. Target anak habis hafaz selewatnya dalam masa 3 tahun. Tapi jangan terkejut kalau ada yang habiskan hafaz 30juzuk dalam masa 4-5 tahun lebih-lebih lagi kalau anaknya perempuan sebab isu haid. Bayangkan kalau haidnya 15 hari, kiranya dalam sebulan menghafal hanya 15 hari yang berbaki.

Masa daftar ke madrasah tahfiz ini, pastikan anak sudah menguasai tajwid dengan baik supaya anak cepat layak ke Kelas Hafazan. Jika anak masuk ke madrasah dengan tajwid yang longgar, anak akan lama di Kelas Nazirah (kelas asas Al-Quran). Bila lama di kelas Nazirah, maka terjejaslah target masa hafazan anak…terjejas jugalah pelan yang telah kita rancang.

▪️Umur 15 dan 16

Ini biasanya umur untuk anak berada di Program Syahadah yang akan berlangsung selama 12 bulan setelah khatam 30 juzuk. Program ini sangat penting buat para huffaz supaya hafalan mereka lebih mantap dan supaya mereka nanti keluar sebagai huffaz yang ingat 30 juzuk.

▪️Umur 16 dan 17

Jika anak tamat hafaz seperti yang dirancang, masa anak umur 16 tahun, daftarkan anak ke Tingkatan 4. Semasa umur 17, anak mengambil SPM. Hanya perlu ke PPD berdekatan untuk dapatkan surat penempatan ke Tingkatan 4 di sekolah yang dipilih.

Namun suka diingatkan, mata pelajaran di sekolah-sekolah ini mengikut mata pelajaran di sekolah biasa iaitu TIADA Bahasa Arab/Al Quran Wa Sunnah/Syariah Islamiah. Kiranya sekolah-sekolah sebegini sesuai untuk pelajar yang tidak berminat untuk mengikuti pengajian agama di peringkat STPM/Universiti.

Bagi ibu ayah yang berkemampuan, saya suka mencadangkan untuk ibu ayah tempatkan anak hafiz ini di sekolah-sekolah integrasi under Ikram Musleh kerana pergaulan dan adab pelajar-pelajar di sana lebih terjaga. Tapi jika anak tamat hafaz/syahadah agak lewat boleh terus daftarkan untuk Fast Track SPM. Atas alasan ini lah, anak perlu ke madrasah tahfiz seawal 11 tahun, bukannya tunggu dia tamat darjah 6 supaya anak dapat khatam awal, dapat sudahkan syahadah tahfiz dahulu sebelum menduduki SPM.

sekolah tahfiz

*Memang hebat bila boleh hafaz 30 juzuk Al-Quran!

Baca juga: Tip Persediaan Anak Masuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Elak Rasa ‘Terkejut’

Sumber: CikguShainiRazali

Foto: NSTP

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×