Asuh

Tip Persediaan Anak Masuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Elak Rasa ‘Terkejut’

2
SHARES
sekolah jenis kebangsaan cina

Di Malaysia, terdapat beberapa jenis sekolah kebangsaan yang menjadi pilihan ibu bapa untuk menghantar anak-anak. Selain sekolah kebangsaan biasa yang bercampur kaum, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina turut menjadi pilihan kerana dikatakan mempunyai tahap disiplin yang tinggi.

Tidak kisah kaum apa pun anda, sekolah jenis ini menerima sesiapa sahaja yang ingin menghantar anak datang bersekolah. Namun, ada beberapa persediaan yang anda perlu lakukan supaya anak tidak ‘terkejut’ di sana.

Baca juga: Anak Autisme Jadi Doktor, Kisah Inspirasi Anaknya Dikongsikan Ibu Ini

TIPS PERSEDIAAN ANAK MASUK SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA

sekolah jenis kebangsaan cina

Foto: www.languagespud.com

1. Hantar ke tadika cina seawal mungkin

Kalau boleh cari tadika cina yang belajar bahasa cina setiap hari. Bahasa ni all about practice. Tak cukup sekadar kelas bahasa cina 2 kali seminggu. Bahasa utama mesti bahasa cina. Tadika anak saya medium English tapi Bahasa Cina ditekankan sebab ada je ramai orang cina sekarang tak pandai berbahasa cina.

Orang selalu share yuran tadika swasta sekarang mahal. Tak tengok lagi yuran tadika cina yang femes. Menangis poket. Boleh la mula menabung dari sebelum berkahwin untuk tabung pendidikan awal anak. Advance tak cadangan saya?

2. Kalau anak kena marah dengan cikgu, tenang saja

SJKC ni terkenal dengan guru yang strict. Tapi saya tak ada la nak strict sangat. Masa anak saya umur 4-5 tahun masih hantar ke montessori cina. Ada fasa main lagi. Masuk 6 tahun saya tukar ke tadika supaya anak saya bersedia dengan environment SJKC kelak.

Tapi cikgu bahasa cina anak saya ni baik sangat. Tegas tapi budak-budak suka. Anak saya boleh tahan dengan garang cikgu bahasa cina dia. Dia kata garang tapi best. Setiap masa dia tanya nak masuk kelas tuisyen bahasa cina dengan cikgunya tu. Sayangnya cikgunya tak ready nak open kelas.

3. Kahwin dengan orang Cina

Kalau tak ada cara lain. Buntu kan? Ini tip paling berkesan untuk anak well prepared masuk ke SJKC nanti.  Boleh la mula mengorat ahmoi atau leng cai kat luar sana kalau nak anak mudah ke SJKC nanti. Tapi, make sure kahwin dengan orang Cina yang boleh bercakap, menulis dan membaca bahasa Cina tau.

Jangan kata anak je, dengan pasangan sekali dia ajar bahasa Cina. Wife saya tak ada masalah sebab dia dulu produk SJKC. Adik-beradik wife saya semua masuk SJKC. So kalau balik kampung, nak mengata orang, mereka akan cakap bahasa Cina.

sekolah jenis kebangsaan cina

*Ada perancangan nak hantar anak ke sekolah berlainan bangsa macam ini tak?

Baca juga: “Wahai Anakku..” – Pesanlah 7 Perkara Penting Ini Untuk Anak Yang Kian Dewasa

Sumber: Adam Kelvin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×