Famili

Apa Jadi Kalau Tak Pilih Pindahan Amaun Permulaan Akaun 3 KWSP? Ini Pengiraannya..

5
SHARES
kwsp akaun 3

Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan perlaksanaan Akaun 3 KWSP dikenali sebagai Akaun Fleksibel. Pengenalan KWSP Akaun 3 ini adalah untuk memudahkan orang ramai mengeluarkan duit simpanan pada bila-bila masa sahaja dengan menetapkan jumlah pindahan sebanyak 10% setiap bulan.

Namun, bagaimana kalau anda tidak menetapkan amaun pindahan tertentu untuk masuk ke Akaun 3 tersebut? Bagaimana cara pengiraan yang akan dilakukan pihak tersebut?

Baca juga: Akaun 3 KWSP Mula Aktif Pada 11 Mei Ini, Bermula Dengan Baki Sifar

APA AKAN JADI KALAU TIDAK MEMILIH PINDAHAN AMAUN KWSP AKAUN 3?

kwsp akaun 3

Adakah ahli boleh memilih untuk tidak melakukan pindahan amaun permulaan ke Akaun Fleksibel? Ya, boleh. Jika anda memilih untuk tidak berbuat demikian, baki simpanan sedia ada akan kekal dalam Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera. Selepas tarikh pelaksanaan, semua caruman baharu akan dikreditkan ke dalam ketiga-tiga akaun iaitu Akaun Persaraan (75%), Akaun Sejahtera (15%), dan Akaun Fleksibel (10%).

Perlu diingat bahawa permohonan pilihan amaun permulaan hanya boleh dibuat sekali sahaja melalui aplikasi KWSP i-Akaun atau melalui Self-Service Terminal (SST) dalam tempoh yang ditetapkan (12 Mei hingga 31 Ogos 2024). Selepas permohonan diproses, ia tidak boleh dibatalkan. Bagi yang memilih untuk membuat pindahan ini, permohonan anda dijangka akan diluluskan dalam tempoh 3-5 hari bekerja. Jom tengok contoh pengiraan di bawah :

kwsp akaun 3

Untuk pengetahuan ramai, anda boleh membuat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel pada bila-bila masa melalui aplikasi KWSP i-Akaun. Setelah permohonan diproses dan diluluskan, bayaran pengeluaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank anda. Perlu diingat, had pengeluaran minimum yang dibenarkan ialah RM50.

Anda tidak perlu mengemukakan dokumen sokongan untuk membuat permohonan pengeluaran ini. Namun, anda perlu ada akaun bank yang aktif atas nama anda sendiri bagi memudahkan proses bayaran pengeluaran. Jika anda tidak mempunyai akaun bank aktif, anda boleh memilih kaedah Arahan Bayaran melalui aplikasi KWSP i-Akaun, dengan mengikuti langkah-langkah yang sama.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Isu Renjis/Bilas Kereta Guna Air Ruqyah, Mufti Jelas Hukumnya Tidak Khurafat

Sumber: Tiktok @KWSPMalaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×