Famili

Akaun 3 KWSP Mula Aktif Pada 11 Mei Ini, Bermula Dengan Baki Sifar

7
SHARES
akaun 3 kwsp

Terbaharu, Kumpulan Simpanan Wang Pekerja telah mengumumkan penstrukturan Akaun Fleksibel iaitu Akaun 3 KWSP yang lebih mudah untuk anda buat pengeluaran. Semua akaun ahli di bawah umur 55 tahun akan distruktur semula kepada tiga akaun iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.

Berikut merupakan penjelasan dari KWSP.

Baca juga: Cara Tukar Akaun Simpanan KWSP Konvensional Anda Kepada Simpanan Shariah, 5 Minit ‘Settle’!

AKAUN 3 KWSP MULA AKTIF 11 MEI 2024

akaun 3 kwsp

Berikut merupakan perincian fungsi ketiga-tiga akaun tersebut:

1) Akaun Persaraan: Mengumpul simpanan sebagai pendapatan semasa persaraan

2) Akaun Sejahtera: Menangani keperluan kitaran hayat yang menyumbang kepada kesejahteraan semasa persaraan

3) Akaun Fleksibel (BAHARU) : Menyediakan fleksibiliti untuk keperluan kewangan jangka pendek

Baki dalam Akaun 1 dan Akaun 2 masing-masing akan kekal dalam Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera, manakala Akaun Fleksibel akan bermula dengan baki sifar. Semua caruman selepas 11 Mei 2024 akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan berikut:

Baki dalam Akaun Sejahtera adalah RM3,000 dan ke atas. Pindahan akan dibuat seperti berikut:

• Sepuluh per tiga puluh (10/30) daripada baki dalam Akaun Sejahtera akan dipindahkan ke Akaun Fleksibel;
• Lima per tiga puluh (5/30) daripada baki dalam Akaun Sejahtera akan dipindahkan ke Akaun Persaraan; dan
• Lima belas per tiga puluh (15/30) akan dikekalkan dalam Akaun Sejahtera.E

Baki dalam Akaun Sejahtera adalah kurang dari RM3,000. Pindahan akan dibuat seperti berikut:

• Akaun Sejahtera yang mempunyai baki RM1,000 dan ke bawah, semua amaun dipindahkan ke Akaun Fleksibel.
• Akaun Sejahtera yang mempunyai baki melebihi RM1,000 dan tidak melebihi RM3,000, amaun yang dipindahkan ke Akaun Fleksibel adalah RM1,000, manakala baki selebihnya adalah kekal dalam Akaun Sejahtera.

akaun 3 kwsp

Perbezaan dalam kaedah pengagihan ini adalah untuk membolehkan ahli yang mempunyai baki simpanan yang rendah untuk turut mempunyai jumlah permulaan yang bermakna dalam Akaun Fleksibel mereka.

Ahli boleh membuat pilihan untuk pindahan amaun permulaan ke Akaun Fleksibel sebanyak satu (1) kali sahaja bermula daripada tarikh kuat kuasa sehingga 31 Ogos 2024, di mana selepas ini pilihan ini tidak boleh dibatalkan. Ahli yang ingin memanfaatkan pilihan ini boleh mengemukakan permohonan mereka melalui aplikasi KWSP i-Akaun atau Self-Service Terminal yang terdapat di mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara.

Ahli boleh membuat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel pada bila-bila masa, tertakluk kepada amaun minimum pengeluaran sebanyak RM50. Permohonan bagi pengeluaran daripada Akaun Fleksibel boleh dibuat secara dalam talian melalui KWSP i-Akaun atau di mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara.

Baca juga: Ketua Keluarga Wajib Sediakan Satu Fail Faraid Lengkap Dengan 7 Dokumen Ini, Senang!

Sumber: KWSP

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×