Famili

Cara Tukar Akaun Simpanan KWSP Konvensional Anda Kepada Simpanan Shariah, 5 Minit ‘Settle’!

6
SHARES
simpanan shariah kwsp

Baru-baru ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan dividen 5.5 peratus dan 5.4 peratus masing-masing untuk simpanan konvensional dan simpanan shariah KWSP bagi tahun 2023. Selari dengan berita ini, ramai dalam kalangan kita khususnya yang beragama Islam baru sedar bahawa akaun KWSP mereka masih berada di dalam kategori konvensional.

Sebenarnya, anda boleh tukar akaun konvensional tersebut kepada akaun simpanan shariah yang lebih bagus untuk simpanan masa hadapan. Mudah sahaja, berikut merupakan cara untuk ahli KWSP membuat permohonan penukaran akaun kepada patuh shariah.

Baca juga: Mak Ayah & Anak Boleh Semak Tawaran Masuk Ke Sekolah Khusus Sesi 2024/2025 Bermula 1 Mac

Cara Tukar Akaun Konvensional Ke Akaun Simpanan Shariah KWSP

simpanan shariah kwsp

Simpanan Shariah merupakan suatu pilihan simpanan bagi ahli yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP mengikut prinsip syariah. Bagi memastikan Simpanan Shariah diuruskan mengikut syariah sebagaimana di bawah seksyen 43A Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991, suatu rangka kerja tadbir urus syariah diwujudkan untuk mentadbir urus aspek pematuhan syariah bagi Simpanan Shariah.

Ahli perlu mendaftar i-Akaun Ahli terlebih dahulu untuk membolehkan permohonan pendaftaran Simpanan Shariah dilakukan secara dalam talian.

Caranya:

LANGKAH 1

Log masuk ke i-Akaun (Ahli)

LANGKAH 2

Pilih tab Simpanan Shariah

LANGKAH 3

Ikut panduan dan arahan untuk pertukaran ke Simpanan Shariah. Anda perlu membuat pengesahan maklumat ahli, akad Simpanan dan pengesahan persetujuan akad menggunakan TAC.

Mengapa perlu tukar ke Akaun Shariah?

simpanan shariah kwsp

1.Membantu ahli menyediakan simpanan persaraan yang diuruskan secara patuh syariah untuk kegunaan ahli dan keluarga terutamanya untuk menunaikan ibadah haji dan umrah tanpa sebarang keraguan dan was-was ke atas sumber dana.

2.Memastikan simpanan ahli tidak digunakan bagi tujuan yang bercanggah dengan syarak terutamanya riba (faedah), maysir (perjudian) dan gharar (ketidak pastian di dalam kontrak) yang sering terdapat di dalam pelaburan di dalam perbankan konvensional dan insuran.

3.Membantu ahli (sekiranya meninggal dunia) menyediakan dana yang halal (simpanan ahli) untuk diagihkan kepada waris sebagai pusaka.

*Jadi, buat anda yang masih belum tukar akaun simpanan KWSP kepada akaun simpanan shariah, jangan lupa lakukan sekarang!

Baca juga: Ketua Keluarga Wajib Sediakan Satu Fail Faraid Lengkap Dengan 7 Dokumen Ini, Senang!

Sumber: KWSP

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×