Famili

Mak Ayah & Anak Boleh Semak Tawaran Masuk Ke Sekolah Khusus Sesi 2024/2025 Bermula 1 Mac

49
SHARES
semakan sekolah khusus

“Semakan sekolah khusus sudah boleh mula dibuat, mak ayah jangan lupa tolong anak semak keputusan ya!”

Apabila ada anak-anak yang bakal masuk ke Tingkatan 1 atau Tingkatan 4, pasti ada dalam kalangan mereka yang akan berpindah sekolah. Ada yang menyimpan hasrat ingin menyambung pengajian Tingkatan 1 atau 4 di Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Teknik dan ada juga yang ingin masuk ke Maktab Tentera Diraja. Oleh itu, untuk anak-anak anda yang sudah memohon kemasukan, inilah masanya untuk membuat semakan sekolah khusus sama ada berjaya atau tidak.

Baca juga: Nak Masuk MRSM, SBP & Sekolah Kluster Kena ‘Reject’ Sebab T20? Kena Tahu Beza 3 Sekolah Ini

SEMAKAN SEKOLAH KHUSUS, TAWARAN MASUK TINGKATAN 1 & 4

semakan sekolah khusus

Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan satu kaedah baharu bagi pemilihan murid untuk kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD).

Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Pendidikan bertarikh 22 Mei 2020 telah memutuskan bahawa:

a) Satu sistem permohonan kemasukan murid ke Sekolah Khusus dibangunkan secara single entry point
b) Satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat digunakan untuk kemasukan murid ke Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat di Sekolah Khusus

Semakan tawaran kemasukan ke Tingkatan 1 dan 4 bagi sekolah khusus seperti di bawah telah dibuka bermula 1 Mac hingga 18 Mac 2024. Anda boleh semak jika anak-anak telah memohon untuk masuk senarai sekolah khusus seperti di bawah:

1.Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
2.Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
3.Sekolah Menengah Teknik (SMT)
4.Kolej Vokasional (KV)
5.Maktab Tentera Diraja (MTD).

Semakan boleh dilakukan di sini : Tingkatan 1 dan Tingkatan 4

semakan sekolah khusus

*Jadi, jangan lupa untuk semak permohonan tawaran bermula 1 Mac hingga 18 Mac 2024 ini supaya dapat tahu anak-anak anda dapat sambung pendidikan di sekolah yang mana. Selamat berjaya!

Baca juga: Nak Sambung Belajar Oversea Selepas SPM? Adik-Adik Kena Buat 7 Langkah Ini Untuk ‘Lepas’!

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×