Asuh

Anak Autisme Jadi Doktor, Kisah Inspirasi Anaknya Dikongsikan Ibu Ini

31
SHARES
cara mendidik anak autisme

Cara mendidik anak autisme yang kian membesar adalah tidak sama dengan anak-anak normal. Kesabaran yang tinggi, kekuatan mental dan fizikal serta didikan yang betul perlu dipraktikkan oleh ibu bapa supaya anak autisme tersebut tidak rasa terbeban. Malah, jika didikan diberikan dengan teknik yang betul, anak autisme ini boleh menunjukkan keputusan pendidikan yang luar biasa dari anak normal!

Seperti perkongsian inspirasi dari seorang ibu di laman Facebook ini, apabila anak autismenya yang kini berusia 30 tahun telah berjaya tamat latihan pegawai perubatan di sebuah hospital. Ramai dalam kalangan warganet terharu dan bangga dengan pencapaian anak dan ibu ini seperti kisah di bawah.

Baca juga: “Wahai Anakku..” – Pesanlah 7 Perkara Penting Ini Untuk Anak Yang Kian Dewasa

IBU KONGSI CARA MENDIDIK ANAK AUTISME SEHINGGA TAMAT LATIHAN PEGAWAI PERUBATAN

cara mendidik anak autisme

Berikut merupakan perkongsian dari ibu dikenali sebagai Kay Foad yang sering berkongsikan kisah dan perjalanan anak autisme yang kini berusia 30 tahun dan tamat latihan pegawai perubatan. Syabas!

Assalamualaikum semua, setelah sekian lama tak berposting di dalam Facebook Autisme Malaysia tapi hari ini akak nak berkongsi berita gembira. Alhamdullilah.. terima kasih ya Allah. I’m speechless Ya Allah. Akhirnya dia berjaya menamatkan HO  (latihan siswazah ). Hanya tuhan sahaja yang menyaksikan betapa strugglenya dia pada masa itu dan kami betul-betul terharu di atas kejayaannya. Tiada siapa yang menyangka anak yang serba kekurangan yang telah didiagnos sebagai Autistic (Asperger Syndrome) akhirnya dapat menghabiskan dan lulus keenam-enam posting seperti mana doktor-doktor yang normal.

Walaupun extend berkali-kali , walaupun banyak kali terjatuh tapi berkali-kali juga dia bangun untuk mencapai cita-citanya.
Terima kasih kepada semua warga kerja di Hospital Shah Alam, Klinik Kesihatan Bandar Botanik Klang dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang kerana memberikan dia peluang, bantuan dan sokongan kepadanya. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa-jasa anda. Terima kasih semua.

Semoga Allah permudahkan segala urusannya.. Amiin. Untuk sampai ke tahap ini banyak air mata dan pengorbanan yang kami lalui. Tiada jalan pintas sebenarnya. Si anak memiliki cita-cita yang menggunung tetapi disebabkan kondisinya, ianya memerlukan banyak usaha , tenaga, masa dan wang ringgit .

Genius tu tidaklah, asal autism je genius tetapi dengan usaha itu ya. Ianya tidak semudah seperti mana yang dipandang. Pembelajarannya tidaklah sepandai orang lain tetapi usahanya 2- 3 kali ganda daripada orang normal. Walaupun dibuli, diejek dan dihina sebagai seorang yang pelik, bodoh , lembab dan bermacam-macam lagi . Dia berdiri teguh dengan cita-citanya dan kami sebagai kedua ibu bapanya tetap menyokong dari belakang dengan apa jua keputusannya.

Menyentuh soal penjagaan makanan untuk anak-anak autisme yang dikatakan sangat cerewet, si ibu mengakui bahawa menjaga pemakanan mereka memerlukan kesabaran yang tinggi. Apa yang dikongsikan adalah anaknya akan makan menu yang sama 5 kali seminggu kerana mereka mempunyai karakter ‘rigid’. Jadi, mereka akan makan benda yang sama tanpa jemu dan kadang-kadang ada citarasa yang tinggi.

cara mendidik anak autisme

*Tahniah diucapkan kepada anak dan Puan Kay Foad sendiri kerana begitu tabah dalam proses mendidik anak luar biasa ini. Semoga perkongsian ini dapat memberi semangat kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak autisme di luar sana!

Baca juga: Cara Halau Lipas Dalam Kabinet Dapur Guna 4 Jenis Rempah, Menjadi!

Sumber: Kay Foad via Autisme Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×