Asuh

“Wahai Anakku..” – Pesanlah 7 Perkara Penting Ini Untuk Anak Yang Kian Dewasa

52
SHARES
pesanan untuk anak

Tugas untuk mendidik anak-anak yang sedang membesar merupakan perkara yang tidak mudah. Tambahan pula dengan pelbagai jenis pengaruh dan anasir luar yang mudah masuk ke dalam minda mereka membuatkan anak-anak lebih degil. Jadi, semenjak dari kecil mak ayah boleh titipkan 7 pesanan untuk anak ini supaya ‘melekat’ di hati mereka.

Ingat, tidak selamanya mak ayah akan berada di samping anak-anak. Bila mereka dewasa, apa yang mereka perlu lakukan adalah bergantung kepada diri sendiri…

Baca juga: “Sampul Nipis, Duit Sikit!”- Mak Ayah Kena Ajar Anak Jangan Hina Jumlah Duit Raya Diberi Orang

MAK AYAH BOLEH BUAT 7 PESANAN UNTUK ANAK-ANAK SEBELUM MEREKA DEWASA

pesanan untuk anak

Pesanlah pada anak kita 7 perkara sebelum mereka meningkat dewasa:

1. Wahai anakku, ibu takkan selamanya ada disisimu. Belajarlah berdikari & bertanggungjawab dengan segala urusanmu.

2. Wahai anakku, doamu akan menjadi sangat berguna pada ibu ketika ibu sudah tiada lagi di dunia ini. Ingatilah ibumu ini dalam setiap doa dan munajatmu.

3. Wahai anakku, kamu sangat berharga buat ibu. Jangan sia-siakan dirimu walau seluruh dunia mengecewakanmu.

4. Wahai anakku, dunia ini tempat ujian. Kamu akan diuji berkali-kali hingga kamu merasa lemah dan lelah. Angkatlah tanganmu, kerana saat itu Pemberi Ujian yakni Tuhanmu sedang merindukanmu.

5. Wahai anakku, jagalah adik-beradikmu. Seburuk apa pun layanan mereka terhadapmu, takkan sekali-kali putus hubungan darah kalian. Darah ibumu akan tetap mengalir di dalam tubuh kalian.

6. Wahai anakku, jagalah agamamu walau seluruh dunia memberontak dan rosak. Kerana dengan menjaga agama sahaja kamu akan dikira berjaya walau seluruh dunia melihatmu kecil dan gagal.

7. Wahai anakku, ibu takkan mampu melindungi dan menyayangimu setiap masa. Yang menyayangi, melihat dan memerhatikanmu setiap detik dan masa hanyalah Penciptamu. Sayangilah Dia. Cintailah Dia. Berterima kasihlah padaNya.

*Tidak selamanya mak ayah akan berada bersama anak-anak bukan?

Baca juga: 15 Senarai Tadika/Pusat Terapi Seluruh Malaysia Untuk Anak Autisme & Keperluan Khas

Sumber: Taufiq Razif

Foto: Business Insider

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×