Nur

Ayuh Buktikan Cinta Kepada Rasulullah SAW Dengan 5 Amalan Dalam Bulan Rabiulawal Ini

30
SHARES
amalan bulan rabiulawal

Sebagai seorang Muslim yang cintakan agama, sudah pasti kita tahu bahawa kelahiran Nabi Muhammad, Rasulullah SAW jatuh pada hari Isnin bersamaan 12 Rabiulawal. Merupakan salah satu bulan yang banyak rahmatnya, ada beberapa amalan bulan Rabiulawal yang boleh kita dilakukan.

Apa yang pasti adalah dalam bulan ini ada sambutan Maulidur Rasul dan ini juga merupakan peluang untuk umat Islam membuktikan rasa sayang kepada kekasih Allah SWT ini. Berikut merupakan amalan mudah yang boleh dilakukan dan juga boleh kutip pahala!

Baca juga: Rasulullah SAW Larang Kita Berkumpul Atau Bual Kosong Selepas Waktu Isyak

5 AMALAN BULAN RABIULAWAL YANG DIGALAKKAN, SEMPENA KELAHIRAN NABI MUHAMMAD SAW

amalan bulan rabiulawal

1.Berpuasa Sunat

Apa yang pasti, setiap tahun semasa hayatnya Baginda S.A.W akan berpuasa sunat pada hari kelahirannya. Diriwayatkan dalam sebuah hadis daripada Abi Qatadah al Ansari r.a, bahawa Rasulullah S.A.W ditanya sebab Baginda S.A.W berpuasa pada hari Isnin. Lalu, dijawab olehnya;

“Pada hari itu aku dilahirkan dan pada hari itu pula aku (untuk pertama kali) menerima wahyu.”– Hadis Riwayat Muslim

2.Menghidupkan Rumah Allah

Rabiulawal yang sinonim dengan bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW ini wajar dijadikan peluang buat seluruh kaum muslimin untuk berkumpul di rumah Allah seperti masjid atau surau.

Seterusnya, berkumpul ramai-ramai ini akan ‘menghidupkannya’ dengan aktiviti berfaedah yang dapat memberi manfaat bersama. Sebagai contoh mengadakan majlis ilmu, ceramah perdana berkaitan kisah Rasulullah SAW dan apa-apa jua aktiviti yang dapat mendekatkan kita dengan Allah juga Rasul-Nya. Juga menambahkan pengetahuan kita terhadap agama yang kita anuti ini.

3.Memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah SAW

Banyak kelebihan bagi mereka yang berselawat ke atas Rasulullah SAW. Bahkan, Allah dan para malaikat juga turut berselawat ke atas Baginda.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud;

“Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W), ‘Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya’.”- Surah Al-Ahzab : 56

4.Lakukan amalan sunnah Rasulullah SAW

Sabda Nabi SAW yang bermaksud;

“Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara. Maka, barangsiapa yang berpegang teguh pada keduanya maka tidak akan tersesat iaitu kitabullah (Al-Quran) dan sunahku.”- Riwayat Imam Malik

Sunah adalah segala perakuan, percakapan serta perbuatan Baginda Nabi S.A.W. Jika diikuti atau dilaksanakan maka akan beroleh pahala, jika ditinggalkan tidak mendapat dosa.

Hakikatnya, dalam satu hari banyak sunah yang boleh kita lakukan sejak dari bangun tidur hingga kita kembali ke tempat tidur semula. Antaranya:

-Pergi awal ke masjid
-Banyak bersugi
-Qiamullai
-Melawat pesakit
-Menjawab azan dengan sempurna
-Menjauhi marah

5.Memperingati Baginda SAW

Bulan Rabiulawal sewajarnya diingati sebagai bulan untuk kita memperingati Rasulullah SAW walaupun sepanjang masa kita mengingati Baginda.

Sungguhpun begitu, dengan kedatangan bulan ini setiap tahun dalam kalendar Islam, ia secara tidak langsung mengingatkan kepada kita akan kelahiran manusia agung yang mulia dan pembawa ajaran suci Islam ke atas muka bumi ini, sekaligus menjadi kekasih Allah yang melimpahkan rahmat buat sekalian alam, iaitu Muhammad SAW.

Banyak cara yang boleh kita lakukan bagi menzahirkan ingatan juga mahabbah kepada Baginda antaranya dengan memperbanyakkan selawat, menghadiri majlis ilmu yang menceritakan tentang kisah Baginda dan memuji Baginda dengan alunan qasidah.

amalan bulan rabiulawal

*Jadi, ayuh ramai-ramai kita kutip pahala yang sangat mudah ini seterusnya menjadikan kita sebagai umat Islam yang setia.

Baca juga: Terpaling Ikut Trend, Ustaz Jelas Hukum Pakai Tudung Nampak Leher Walaupun Kepala Tutup

Sumber: Shafiqolbu, tzkrh.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×