Nur

Rasulullah SAW Larang Kita Berkumpul Atau Bual Kosong Selepas Waktu Isyak

30
SHARES
selepas waktu isyak

Kalau diperhatikan dalam kalangan masyarakat kita terutama yang beragama Islam, berkumpul dan ‘melepak’ selepas waktu Isyak sering dijadikan tabiat. Di restoran mamak malah di warung-warung sekitar kampung pun akan penuh dengan orang melepak sehingga tengah malam.

Tertanya juga sama ada perkara ini boleh dinormalisasikan atau tidak, dan adakah akan menjejaskan tahap kesihatan jika sering berjaga malam? Rupanya, apabila ‘diselongkar’ dalam ilmu agama Islam, ternyata Rasulullah SAW sendiri melarang untuk kita sering berkumpul dan bersembang selepas waktu Isyak..

Baca juga: Ustaz Hanafiah ‘Bocorkan’ 4 TANDA JELAS Pasangan Terkena Sihir Pemisah, Seram!

SEBENARNYA RASULULLAH SAW LARANG BERSEMBANG, BERKUMPUL SELEPAS WAKTU ISYAK

selepas waktu isyak

Terlalu banyak perkara yang perlu diperhalusi perintah dan larangan Allah SWT dalam Al-Quran dan peringatan Nabi SAW, dalam hadis-hadis sahih. Antaranya, dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Mas’ud R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:

لاَ سَمَرَ إِلاَّ لِمُصَلٍّ أَوْ مُسَافِرٍ

Maksudnya: Tidak ada perbualan pada waktu malam melainkan untuk orang yang menunaikan solat atau bermusafir – Riwayat Al-Tirmizi.

Syeikh Muhammad bin Abd al-Rahman Al-Mubarakfuri Rahimahullah dalam mensyarahkan maksud perkataan سَمَرَ beliau berkata:

“Ia adalah perbuatan berbual-bual pada waktu malam”– lihat Tuhfah Al-Ahwazi, Al-Mubarakfuri (1/433).

Berdasarkan hadis ini, perbuatan berjaga malam untuk berbual-bual selepas solat isya’ adalah tidak dibolehkan kecuali bagi orang yang solat ataupun sedang bermusafir. Larangan ini secara lebih jelas dapat dilihat berdasarkan hadis yang diriwayatkan turut diriwayatkan oleh Ibn Mas’ud bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

جَدَبَ لَنَا رَسُولُ اللَّهِ ـ صلى الله عليه وسلم ـ السَّمَرَ بَعْدَ الْعِشَاءِ

Maksudnya: Rasulullah S.A.W melarang kami dari perbuatan berjaga malam (berbual-bual) selepas dari solat isya’- Riwayat Ibn Majah.

Rasulullah S.A.W dan para sahabat sendiri melakukan hal ini (berjaga malam) iaitu dengan adanya hajat keperluan dan juga manfaat. Antaranya adalah seperti yang ditunjukkan oleh sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Umar bin Al-Khattab R.A beliau berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَسْمُرُ مَعَ أَبِي بَكْرٍ فِي الأَمْرِ مِنْ أَمْرِ الْمُسْلِمِينَ وَأَنَا مَعَهُمَا

Maksudnya: Rasulullah S.A.W pernah berbual-bual pada waktu malam bersama dengan Abu Bakar bagi membincangkan urusan-urusan umat Islam dan aku turut serta bersama mereka berdua- Riwayat Al-Tirmizi

Malah, ini sebenarnya juga cara halus Allah nak kita sentiasa sihat supaya kita dapat tidur awal dan rawat hati (liver) kita yang dah bekerja seharian. Diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Mas’ud R.A, Rasulullah ﷺ bersabda:

لاَ سَمَرَ إِلاَّ لِمُصَلٍّ أَوْ مُسَافِرٍ

Maksudnya: “Tidak ada perbualan pada waktu malam melainkan untuk orang yang menunaikan solat atau bermusafir.”- Hadith Riwayat Al-Tirmizi.

Kebanyakan hadis menunjukkan kepada rukhsah (keringanan terhadap perbuatan tersebut). Dan hadis ini menunjukkan kepada tidak makruhnya perbuatan berbual-bual pada waktu malam selepas isya’ sekiranya ia untuk keperluan agama sama ada bersifat umum atau khusus.

KENA ADA TUJUAN BERJAGA MALAM TERSEBUT

selepas waktu isyak

Gambar hiasan kuliah agama.

Sebagai penutup, anda perlu faham bahawa berjaga malam dengan tujuan :

1.Untuk kebaikan seperti berbincang tentang sesuatu yang boleh mendatangkan maslahah untuk ummah, menuntut ilmu, menunaikan tanggungjawab kerja, dan selainnya adalah diharuskan.

2.Kalau berjaga malam untuk mencuri, melakukan maksiat, dan pelbagai kejahatan lain adalah haram hukumnya.

3.Manakala berjaga sehingga lewat malam untuk berbual-bual kosong, menonton wayang gambar (movie), melihat perlawanan bola sepak, dan seumpamanya sekiranya ia membawa kepada pengabaian terhadap solat subuh, maka ia membawa hukum makruh.

*Apa kata kita rehat dan tidur awal selepas Isyak supaya boleh bangun solat Tahajjud?

Baca juga: Senarai Amalan Pendinding Diri Untuk Anda Yang Berniaga, Jangan Biar ‘Kosong’ Saja

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Risalizah Manaf

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×