Sebagai seorang wanita yang akan mengalami fasa datang haid setiap bulan, anda diberikan kelonggaran untuk tidak menunaikan solat fardhu sehingga badan suci dari hadas tersebut. Namun, sangat penting untuk diingatkan bahawa ada waktu yang anda perlu qada solat dan tidak perlu qada.
Jangan ingat terlepas begitu sahaja, berikut merupakan penjelasan dari Ustaz Wadi Annuar tentang waktu solat yang perlu diganti jika badan anda suci pada waktu solat fadhu di bawah.
Baca juga: Cara Nak Pastikan Wanita Suci Dari Haid Guna Cotton Pad, Tak Rasa Waswas!
BILA PERLU QADA SOLAT SELEPAS HAID?
Berikut merupakan jawapan dari Ustaz Wadi Annuar kepada persoalan ‘Bila putus haid, bila perlu qada dan bila tidak perlu qada solat.’
1.SUBUH
-Sebelum masuk waktu Subuh (masih dalam Isyak)
-Wajib mandi
-Wajib solat Isyak & qada solat Maghrib
-Masih dalam waktu Subuh
-Wajib mandi
-Wajib solat Subuh
-Selepas habis waktu Subuh (Duha)
–Tidak terus wajib mandi dan tidak perlu solat Subuh
-Wajib mandi untuk solat Zuhur
2.ZUHUR
-Dalam waktu Zuhur
-Wajib mandi
-Wajib solat zuhur
3.ASAR
-Dalam waktu Asar
-Wajib mandi
-Wajib solat Asar dan qada solat Zuhur
4.MAGHRIB
-Dalam waktu Maghrib
–Wajib mandi
-Wajib solat Maghrib
5.ISYAK
-Dalam waktu Isyak
-Wajib mandi
-Wajib solat Isyak dan qada solat Maghrib
*Semoga bermanfaat dan jangan jadikan alasan untuk ‘ponteng’ solat ya!
Baca juga: Pakaian Terkena Darah Haid, Cara Cuci Yang Bagaimana Dikira ‘Suci’ & Diterima Solat?
Sumber: Ustaz Wadi Annuar