Nur

10 Surah Pendek Yang Boleh Dihafal Tak Sampai 5 Minit Tiap 1, Boleh Baca Masa Solat Tarawih!

31
SHARES
surah pendek mudah hafal

“Teringin nak cuba solat tarawih sendiri di rumah… Tapi, ada ke surah pendek mudah hafal?”

Dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, umat Islam mengejar melakukan ibadah kerana ganjaran pahala yang berlipat ganda. Salah satunya ialah solat tarawih. Kadang-kadang sampai penuh masjid dan surau  kerana masing-masing berebut solat tarawih secara berjemaah.

Disebabkan itu, ramai yang terpaksa pulang dan mengerjakan tarawih di rumah secara bersendirian. Namun, permasalahannya di sini adalah bagaimana hendak mengerjakan solat tarawih jika tidak boleh menghafal surah dalam Al-Quran? Sebenarnya ada banyak surah pendek mudah hafal yang boleh kita baca ketika solat tarawih.

Jadi, jom ikuti perkongsian penulis mengenai himpunan surah pendek mudah hafal, boleh anda cuba untuk tarawih pada malam ini!

Baca juga: Ustaz Shamsuri Ahmad Kongsi 20 Amalan Bulan Puasa, Jom Kumpul Pahala

HIMPUNAN 10 SURAH PENDEK MUDAH HAFAL UNTUK SOLAT TARAWIH SECARA BERSENDIRIAN

surah pendek mudah hafal

1. Al-Ikhlas

Surah yang kita belajar dari kecil ini, boleh dibaca untuk solat tarawih. Hanya 4 ayat yang mudah dan ringkas!

surah pendek mudah hafal

2. Al-Falaq

Sama seperti Al-Ikhlas, surah ini boleh diamalkan ketika solat tarawih. 5 ayat yang ringkas dan senang dihafal.

surah pendek mudah hafal

3. An-Naas

Surah terakhir yang tergolong dalam ‘3 Qul’ ini, juga antara mudah dihafal kerana ayatnya yang pendek dan ringkas.

surah pendek mudah hafal

4. Al-Qadr

Bertepatan bulan Ramadhan ini, amatlah sesuai dibaca surah ini kerana kandungannya yang berkaitan malam Lailatulqadar. Bukan sahaja ayatnya yang mengandungi konteks sesuai dengan bulan penuh barakah ini, tetapi juga senang untuk dihafal dan dibaca ketika solat tarawih!

surah pendek mudah hafal

5. Al-Masad

Surah ini juga merupakan antara yang pendek dalam Al-Quran. Bolehlah anda cuba hafal dan amalkannya dalam solat tarawih anda!

surah pendek mudah hafal

6. Al-Insyirah

Walaupun surah ini mempunyai 8 ayat, namun setiap ayatnya adalah pendek. Surah ini juga tidak susah pembacaannya, jadi tidak ada masalah untuk anda hafal dan baca semasa solat tarawih!

surah pendek mudah hafal

7. Al- Kauthar

Surah ini adalah antara surah yang paling pendek. 3 ayat pendek yang terkandung dalam surah boleh anda gunakan dalam solat tarawih.

surah pendek mudah hafal

8. An-Nasr

Surah ini juga mempunyai 3 ayat, cuma hanya sedikit panjang berbanding Al-Kauthar.  Dijamin senang anda hafal untuk diamalkan dalam solat!

surah pendek mudah hafal

9. Al-Fil

Selain pendek dan senang untuk anda hafal, isi kandungan surah ini juga menarik! Surah ini mengisahkan kehancuran Abrahah dan pasukan bergajah yang hendak menyerang Mekah.

surah pendek mudah hafal

10. Al-Asr

Sama seperti ‘3 Qul’, surah ini tidak lagi asing dalam hidup kita. Turut boleh dibaca dalam tarawih kerana ayatnya yang pendek ini pasti anda dapat menghafalnya dalam masa yang singkat!

Semoga selepas ini kita semua dapat menunaikan ibadah solat tarawih walaupun secara bersendirian. Surah pendek dah ada, apa lagi? Mari perlahan-lahan hafal surah-surah pendek ini semua. Selain tarawih, dapat juga baca dalam solat 5 waktu harian kita. Semoga ilmu ini bermanfaat untuk semua!

Sumber: Keluarga

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×