Nur

Jangan Bersedih Hati Jika Dalam Haid, Berpeluang ‘Jumpa’ Lailatul Qadar Dengan Amalan Ini

2
SHARES
amalan wanita ketika haid

Malam Lailatul Qadar merupakan malam yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam dalam bulan Ramadan. Jadi, ramai dalam kalangan kita yang berebut-rebut untuk mengejar pahala ini dengan melakukan ibadah secara berlipat ganda kerana Allah SWT. Namun, bagaimana pula dengan amalan wanita ketika haid? Adakah dilupakan begitu sahaja?

Jangan risau, buat wanita yang sedang dalam haid di 10 malam terakhir Ramadan dan ingin juga mendapat peluang bertemu malam Lailatul Qadar, ini adalah antara amalan yang boleh dilakukan. Jangan risau jika tidak dihitung kerana semua berpeluang!

Baca juga: Perempuan Bayar Zakat Sendiri? Jika Dalam 4 Kategori Ini, Anda Boleh Bayar Ke Atas Diri Sendiri

AMALAN WANITA KETIKA HAID MENJEMPUT MALAM LAILATUL QADAR

amalan wanita ketika haid

1.Wanita yang haid tidaklah dihalang sama sekali untuk mendapat kebaikan dan pahala, bahkan tidak beribadahnya wanita kerana haidnya itu juga suatu ibadah.

Mengapa wanita itu tidak solat? Kerana agama kata jangan, maka ini juga suatu ketaatan kepada arahan agama.

2. Apabila al-Dahhak ditanya tentang perkara ini, beliau menjawab :

نعم ، كل من تقبل الله عمله سيعطيه نصيبه من ليلة القدر

“Ya, setiap orang yang Allah terima amalannya maka Allah akan berikan bahagiannya (ganjaran) dari malam al-Qadr.”

3. Amalan yang boleh dilakukan oleh wanita haid termasuklah :

– Banyak berdoa

– Berzikir

– Bersedekah

– Menuntut ilmu

Ini semua amalan yang menjemput kepada kebaikan yang sangat banyak pada malam al-Qadr.

4- Jangan bersedih hati jika haid, kerana sebenarnya kita sedang dalam ketaatan kepada Allah dan Rasul.

amalan wanita ketika haid

Ada juga yang menambah antara amalan baik untuk 10 malam terakhir bagi perempuan yang uzur haid, ialah wanita tersebut menyediakan sahur untuk orang berpuasa atau sediakan makan berbuka. Wah!

Bahkan, apabila wanita uzur tak boleh baca Al-Quran, mereka boleh dengar bacaan Al-Quran tersebut dan masih dapat pahala. Sekiranya seseorang sedang dalam proses menghafal sebahagian daripada ayat-ayat al-Quran, wanita juga boleh menggunakan masa ini untuk mengulang hafalan tersebut terutamanya bagi pelajar atau pengajar.

Menurut penjelasan dari laman web Mufti Wilayah Perksekutuan, sungguhpun terdapat khilaf, para ulama menyimpulkan bahawa wanita yang sedang dalam keadaan haid atau nifas boleh menyentuh dan membaca al-Quran yang mempunyai terjemahan.

Dengan adanya tulisan dan penerangan yang bukan al-Quran, maka ia tidaklah dianggap sebagai mashaf yang murni semata-mata.

*Jadi, tiada alasan untuk kita meningkatkan amalan dan pahala walaupun berada dalam keadaan tidak suci untuk solat. Semoga dikurniakan rezeki bertemu malam Lailatul Qadar!

Sumber: Twitter @Muzuza

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×