Nur

Perempuan Bayar Zakat Sendiri? Jika Dalam 4 Kategori Ini, Anda Boleh Bayar Ke Atas Diri Sendiri

67
SHARES
perempuan bayar zakat

Apabila berada di pertengahan bulan Ramadan, selain berkejar-kejar untuk mengutip pahala dan berjumpa malam Lailatul-Qadar, jangan pula kita terlupa tentang pembayaran zakat. Mungkin ramai yang terlepas pandang dan menganggap bahawa zakat fitrah ini hanya boleh dibayar oleh lelaki sahaja. Penting juga untuk anda tahu bahawa perempuan bayar zakat sendiri pun amat digalakkan.

Ramai juga dalam kalangan wanita yang tertanya-tanya wanita kategori manakah yang digalakkan untuk membayar zakat sendiri dan apakah tanggungjawab si wali?

Baca juga: Macam Mana Cara Nak Bayar Fidyah Puasa Untuk 4 Golongan Ini? Ingatkan Tak Payah Bayar…

PEREMPUAN BAYAR ZAKAT SENDIRI, BOLEH KAN?

perempuan bayar zakat

Menurut satu perkongsian di laman Twitter, saudara Mohammad Faeez Harith menjelaskan berdasarkan rujukan dipercayai bahawa perempuan yang belum berkahwin atau belum berkahwin lagi (janda/balu) yang tidak ditanggung nafqah (sara hidup) oleh walinya seperti perempuan yang berkerjaya atau memiliki nafqah daripada tajaan/biasiswa dsb. Maka dia bayar sendiri zakat fitrah untuk dirinya atau meminta wakil untuk membayarkan daripada hartanya sendiri bagi pihaknya dan sekiranya wali ingin membayarkan zakat fitrah untuknya mestilah dengan izin.

Tambahan sedikit: Kalau wali (ayah/abang/adik/datuk/pakcik dsb.) dah bayarkan, macam mana? Sah ke tidak? Perlu bayar lagi sekali ke?

Jawapan: Sah. Tak perlu ulang. Cuma boleh bincang untuk masa akan datang sebab zakat fitrah nama lainnya ialah zakat badan atau zakat yang ditanggung secara individu kecuali mereka yang memang nafqah (sara hidupnya) ditanggung oleh orang lain. Kerana itu zakat fitrah memerlukan izin tuan punya badan sebelum dibayarkan oleh orang lain, seperti ibadah korban bagi pihak orang yang masih hidup dan sebagainya.

KATEGORI PEREMPUAN YANG BAYAR ZAKAT

perempuan bayar zakat

1.Perempuan Dalam Tanggungan Bapa

Jika perempuan itu tidak berkahwin, sama ada sudah akil baligh atau belum, tanggungjawab menunaikan zakat adalah terletak pada bapanya; jika tiada bapa atau sudah kematian bapa, tanggungjawab tersebut jatuh pada siapa yang menanggungnya atau yang memberinya makan, boleh dipertanggungjawabkan kepada si ibu (jika ibu tunggal); atau kepada abang jika ada atau adik lelaki jika dia yang menanggung keluarga termasuklah ibunya.

Bagi perempuan yang sudah berkahwin, tanggungjawab lunaskan zakat fitrah adalah terletak pada suaminya. Jika suami meninggal dunia, maka wajib keluarkan zakat atas dirinya sendiri.

2.Ibu Tunggal

Perempuan dalam kategori ibu tunggal adalah juga wajib membayar zakat, selagi ia tidak memberikan bebanan buatnya.

Zakat fitrah adalah zakat tubuh, ia untuk menyucikan diri, maka sangat perlu bagi perempuan yang tidak ditanggung oleh sesiapa, membayar zakat buat dirinya dan jika ada tanggungan, membayar zakat di bawah tanggungannya. Dan ini terpakai buat si ibu tunggal.

3.Perempuan Bekerja

Zakat fitrah bagi anak yang sudah bekerja sendiri, sama ada lelaki dan perempuan, maka mereka lebih berhak mengeluarkan sendiri zakat fitrahnya. Bahkan, jika mereka mahu mengeluarkan zakat fitrah ibu bapa juga boleh, dan mereka perlu memaklumkannya kepada ibu bapa.

Namun, jika perempuan bekerja membayar zakat dirinya, dan pada masa sama bapa juga membayar zakat buat dirinya, tiada menjadi kesalahan. Zakat yang dikeluarkan itu boleh dianggap sebagai sedekah maka ganjaran pahala in Sha Allah akan dapat pada si anak perempuan bekerja.

4.Suami Tidak Bekerja, Isteri Bekerja dan Gaji Lumayan

Selalunya berlaku bila si suami terpaksa ikut isterinya bertugas di luar negara, dan si suami terpaksa bercuti tanpa gaji, iaitu tanpa pendapatan; maka boleh si isteri keluarkan zakat untuk dirinya dan tanggungan yang lain, termasuk juga suaminya. Apabila si isteri bayar zakat untuk diri sendiri, maka gugurlah tanggungjawab suami membayar zakat buat isterinya kerana ketiadaan kemampuan diri untuk melakukannya.

Adakala ayah (jika perempuan belum bernikah) atau suami liat nak bayar zakat, atau bertangguh membayarnya, boleh juga bayar zakat untuk diri sendiri supaya tidak terbeban hutang zakat atas diri sendiri.

Sumber: Twitter @MohdFaeezHarith, Pejabat Mufti WP

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×