Sudah tidak lama lagi umat Islam seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Di samping kita menyiapkan persiapan rumah dan persendirian, jangan dilupa juga dengan tuntutan agama iaitu membayar zakat fitrah. Disebabkan kita masih berada dalam musim wabak pandemik, orang ramai amatlah digalakkan untuk membayar zakat menggunakan kaedah secara perbankan online sahaja.
Untuk anda yang mempunyai akaun perbankan online khususnya Maybank2u, ini cara-caranya untuk anda bayar zakat fitrah dengan mudah.
CARA BAYAR ZAKAT FITRAH GUNA MAYBANK2U
Untuk yang duduk negeri Selangor bayaran zakat adalah rm7.00 seorang. Macam biasa macam tahun-tahun lepas yang mana nak bayar guna M2U boleh ikut langkah ni tapi kali ni guna aplikasi dan bukan guna web supaya lebih mudah. Log in dan ikut langkah 1 hingga 5. Apapun yang penting niat, niat jangan lupa masa buat pembayaran sertakan sekali dengan niat.
” Inilah wang sebanyak RM__ bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas saya / dan tanggungan saya untuk tahun ini kerana Allah Taala”.
1.Log masuk Maybank2u
2.Pilih PAY dan tekan NEW PAYEE
3.Pilih Lembaga Zakat Selangor (ikut negeri masing-masing)
4.Isikan nombor telefon dan pilih jenis zakat (Zakat Fitrah)
5.Masukkan jumlah bayaran zakat dan tekan proceed
6.Akhir sekali, klik ‘Confirm’
Bukan itu sahaja, ada juga dalam kalangan pengguna yang berkongsikan kaedah pembayaran zakat melalui institusi perbankan yang lain.
Mudah sahaja kan nak bayar zakat? Jangan lupa ya!
Sumber: Fizal Hafiz