Nur

Macam Mana Cara Nak Bayar Fidyah Puasa Untuk 4 Golongan Ini? Ingatkan Tak Payah Bayar…

26
SHARES
cara bayar fidyah

Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat mengganti puasanya di bulan Ramadhan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya bulan Ramadhan tahun berikutnya. Hukum membayar fidyah adalah WAJIB. Tetapi masih ramai lagi yang tertanya-tanya macam mana cara bayar fidyah bagi 4 golongan ini? Golongan apa tu?

Golongan tersebut merupakan ibu hamil, ibu yang menyusukan anak, orang tua uzur dan sakit sehingga tak dapat puasa. Berikut merupakan penjelasan dari Fatwa Selangor mengenai kadar yang dikenakan.

CARA BAYAR FIDYAH PUASA UNTUK 4 GOLONGAN INI

Soalan: Bagaimana bayaran FIDYAH dan QADA’ PUASA bagi mereka ini? Jadual ini bantu menjawab persoalan tersebut secara ringkas. Ini pandangan dari Fatwa Selangor.

cara bayar fidyah

1. Perempuan Hamil.

2. Perempuan susukan anak.

3. Orang tua yang uzur.

4. Sakit hingga tak dapat puasa.

Harga Fidyah (sehari) di seluruh Malaysia?

1.Wilayah RM4

2.Kedah RM1.80

3.Penang RM1.75

4.Melaka RM1.70

5.Sarawak RM1.75

6.Perak RM1.80

7.Selangor RM1.80

8.N.Sembilan RM 1.75

9.Sabah RM 1.75

10.Tranung RM1.75

11.Johor RM1.75

12.Pahang RM1.75

13.Perlis RM1.75

14.Kelantan RM1.75

Harga Fidyah 1/4 daripada Harga Zakat Fitrah. Memang ada khilaf (perbezaan) tentang Fidyah ini. Terutama tentang Qada’ puasa bagi wanita yang mengandung dan menyusukan anak.

Selamat ikut Fatwa negeri masing-masing.

Camne nak Bayar Fidyah Online mudah sahaja, apa yang anda perlu lakukan adalah dengan melayari laman web  http://fpx.zakatselangor.com.my

Fidyah Berganda atau Tidak?

• Ia Khilaf. Di Selangor (dan Perlis), kiraan Fidyah TIDAK BERGANDA walaupun melangkau tahun (Fatwa 2001). Majoriti negeri lain di Malaysia masih lagi berganda fidyah.

• Fidyah tidak berganda adalah pandangan Mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali.

• Namun, bagi yang berkemampuan digalakkan untuk membayar Fidyah Berganda (keluar dari khilaf).

• Bagi yang tidak mampu, mereka boleh bayar Fidyah Tanpa Gandaan.

• Sehari tinggal puasa, fidyahnya adalah memberi makan sehingga kenyang kepada 1 orang fakir/miskin.

• Boleh keluarkan Fidyah sendiri. Beli beras 1-2 kampit kat kedai, bagi kat orang susah yang kita kenal.

• Kalau beri institusi zakat kena guna wang. Asalnya ia bukan tanggungjawab institusi zakat. Mereka hanya bantu pengeluar zakat.

SOALAN

Assalamualaikum, nak tanya something..

1) Pilihan beras ni berdasarkan beras yang kita makan di rumah?

2) Perlu pilih gandaan atau boleh pilih tiada gandaan.

cara bayar fidyah

Waalaikumussalam wbt,

1. Betul. Berdasarkan beras yang biasa kita makan di rumah.

2. Ini boleh pilih sebenarnya. Kalau tak mampu dan jumlahnya terlalu banyak hingga tidak mampu, boleh ambil pendapat yang tanpa gandaan. Namun, kita jumlahnya sedikit, digalakkan dengan gandaan.

Sumber: Twitter @acaiijawe

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×