40 Minggu

Ibu Ada Masalah GDM Tidak Digalakkan Berpuasa- Doktor

2
SHARES

Diabetes semasa hamil atau biasanya dipanggil sebagai Gestational Diabetes Mellitus (GDM) merupakan satu keadaan serius yang berlaku kepada wanita hamil yang sebelum ini tidak menghidap diabetes, tetapi kini mempunyai paras glukosa darah yang lebih tinggi dari paras mereka yang hamil normal.

Biasanya, GDM dapat dikesan selepas minggu ke 24 usia kehamilan dan berlaku kepada 1-14% peratus wanita hamil setiap tahun. Jika tidak dirawat, GDM boleh menyebabkan komplikasi yang serius kepada ibu dan bayi dalam kandungan.

Baca juga: “Ibu Mengandung Boleh Puasa Tak?”- Ini Jawapan Doktor…

IBU ADA MASALAH GDM TIDAK DIGALAKKAN BERPUASA- DOKTOR

Selain itu, para ibu yang ada GDM on insulin tidak digalakkan untuk berpuasa seperti penerangan yang diberikan oleh Dr Muhammad Izzat. Jelasnya, GDM on diet control, boleh berpuasa tetapi dengan beberapa syarat iaitu tidak tinggal sahur dan minum air yang mencukupi pada waktu malam.

Ibu yang ada GDM on insulin memang tak digalakkan berpuasa Ramadhan. Ini dah jelas. Ibu yang ada GDM on diet control, lepas dinilai oleh doktor boleh berpuasa dengan syarat tak tinggal makan sahur dan memastikan air mencukupi diminum pada waktu malam.

Cabarannya, BSP 2 jam lepas sahur dan 2 jam lepas berbuka kena kekal bacaannya tak lebih 6.7 ( kalau 1 jam lepas makan bacaan gula tak lebih 7.8 ) Pada saat berbuka, biasanya nafsu makan membuak-buak dan menggelodak untuk makan segala makanan manis. 

BACAAN GULA TAK BOLEH LEBIH 7.8

Kalau tak manis pun pelbagai jenis juadah penuhhh satu meja. Tu yang sukar ibu-ibu ni nak maintain bacaan gula tak lebih 6.7, dua jam lepas makan (Kalau 1 jam lepas makan bacaan gula tak lebih 7.8)

Bacaan gula yang naik mendadak boleh timbulkan kesan bahaya kepada bayi dalam kandungan. Tu yang para doktor risau. Kalau ibu boleh control nafsu makan masa berbuka, then saya rasa ok untuk berpuasa

Kalau dah makan bagaikan tiada hari esok, penuh juadah berbuka atas meja, bacaan BSP pula tak terkawal, sampaikan Dr terpaksa mulakan rawatan insulin, saya rasa eloklah ibu tak perlu berpuasa Ramadhan

Makan berpada-pada ya. Eat healthy mommies! Satu lagi jangan la ditanya saya dekat social media, boleh berpuasa ke tak. Jumpa your Dr. Perlukan penilaian keseluruhan sebelum can safely say “ok awak boleh berpuasa bulan Ramadhan”

Paling penting, kesihatan perlu dijaga.

Sumber: Twitter Dr Muhammad Izzat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×