40 Minggu

“Ibu Mengandung Boleh Puasa Tak?”- Ini Jawapan Doktor…

6
SHARES

Seluruh umat Islam di Malaysia akan menunaikan ibadah puasa pada bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi. Terdapat beberapa golongan yang diberikan keringanan  oleh Allah SWT untuk tidak berpuasa, antaranya wanita hamil dan ibu menyusukan anak.

Perkara ini turut mendapat perhatian Dr Muhammad Izzat dan memberi penerangan di laman Twitternya. Hal ini kerana terdapat segelintir ibu yang hadir ke klinik dan bertanya mengenai puasa. Ikuti penerangan lanjut di bawah.

Baca juga: Berapa Lama ‘Gap’ Untuk Hamil Lagi? Ini Jawapan Pakar

IBU MENGANDUNG BOLEH PUASA TAK? INI JAWAPAN DOKTOR

Dah banyak patient mengandung tanya saya dekat klinik, boleh tak dia berpuasa nanti? Ini jawapan saya:

Secara amnya, ibu mengandung yang tak digalakkan untuk berpuasa adalah:

1. Ibu yang ada GDM dengan kawalan insulin.

2. Ibu yang berisiko tinggi untuk dapat darah beku ( Venous thromboembolism ), atau pernah kena VTE dan sedang diberikan ubat cucuk cairkan darah Clexane.

3. Ibu yang ada Ovarian hyperstimulation syndrome (OHSS) – ni untuk ibu yang mengandung dengan ubat kesuburan.

4. Ibu yang ada muntah-muntah teruk, tak kira pada awal pregnancy atau pada trimester lain.

5. Ibu yang ada pendarahan.

6. Ibu yang tak sihat – demam atau sedang dijangkiti covid.

7. Ibu yang bayinya ada masalah tumbesaran (IUGR)

8. Ibu yang mengandung kembar.

TIPS UNTUK IBU MENGANDUNG YANG BOLEH BERPUASA

Untuk ibu mengandung yang boleh berpuasa, setelah dinilai oleh doktor, ada beberapa tips untuk anda:

1. Makan lebih dari 2x antara masa berbuka dan sahur. Pilih makanan seimbang dan berkhasiat utk elak sembelit, masalah penghadaman, heartburn.

Untuk berbuka takda plan permakanan khas tapi boleh try this :

Buka dengan 3 biji tamar + Jus buah ( boleh ganti dengan sup atau yogurt rendah lemak ). Then sambung dengan makanan seimbang – ada salad, ulam-ulaman, protein dan complex karbohidrat. High fat food please avoid.

2. Jangan tinggal sahur.

3. Elak minum teh/coffee masa sahur – caffeine boleh sebabkan u terkencing banyak and sekaligus senang kena dehydration. Nak puasa takleh minum air dah kan?

4. Pastikan minum air masak Yang mencukupi Sepanjang tempoh berbuka dan sahur.

*Selamat berpuasa mommies!

Sumber: Twitter Dr Muhammad Izzat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×